Saturday, 7 October 2017

Bagaimana cara untuk membayar tambang bas dan mrt di Singapura.

Jono&Markonah

Inilah rupa bentuk Ezlink Card tu. Boleh guna untuk bayar tambang tren mrt dan bas di Singapura. Kalau korang nak pergi USS, naik monorail dari Harbour Front, pun boleh bayar pakai Ezlink Card ni je.

Mana nak beli?

Kalau first time datang, boleh beli dekat mrt station. Contoh kalau naik bas dari Jb boleh beli di station mrt  Kranji atau pun Jurong. Refer here.

Harga dia satu kad $12. Caj untuk kad harga dia $5. Dalam tu ada nilai $7 yang boleh guna untuk bayar tambang.. Hangpa pakai lah dok round satu pulau Temasik tu sampai habis. Next time nak datang boleh top up dekat 7Eleven atau pun di semua station mrt.

Sebab favourite aku pi round random place naik random bus. So senanglah. Naik kat mana-mana, turun kat mana-mana. Sambung naik mrt pulak. Janji sampai rumah atok mrt station dia Buona Vista.

Lain kali kalau nak masuk Singapore lagi naik bas dari JB, bole tap je Ezlink kad ni masa naik bas SBS dari Larkin atau CIQ. Kalau dari Perling atau Bukit Indah tak boleh sebab tu bas CausewayLink color kuning.

Tapi camnilah. Kalau memang nak pergi Singapore tu dah niat sekali setiap sepuluh tahun korang tak payah lah beli Ezlink Card ni. Bayar je manual dalam bas. Sediakan duit kecik banyak. Nak naik train nanti beli tiket kat mesin je.

Adios.










Friday, 29 September 2017

Dari JB ke Singapore naik bas.

Ramai tanya macamana nak pegi Singapore kalau taknak drive? Kitorang ni backpack je. Ada pulak yang cakap kitorang ni nak pergi balik hari je. Taknaklah drive sebab parking mahal.

Baiklah tuan puan sekalian. Kali ni tulis permanent. Kalau nak ulangkaji bukak je balik ye. Ini bagi cadangan yang paling senang. Maksudnya bas yang bila sampai Singapore tuju dia kat stesen Mrt.

Cross border JB-Singapore ni boleh pilih nak naik transport;
1)bus
2)train

Naik train ni selalunya untuk orang Jb yang kerja Singapore. Paling awal subuh gelap tu sebab diorang taknak tunggu dalam bas jam berejam. Naik train 5mins je dari JB Sentral pegi Woodlands Checkpoint. Naik train ni sesuai kalau korang dah sampai Jb satu hari awal  sempat survey beli tiket ataupun korang nak masuk Singapore lambat-lambat pun takpe, petang- petang sikit. Hah boleh lah. Sebab dia kene belik tiket train tu 2jam prior to the departure time. Harga dalam rm5 je. Tapi aku tak berapa galakkan naik train sebab bila sampai Singapore nanti korang termangu-mangu pikir nak naik bas apa, nak pergi arah mana. Nak jalan pun jauh ya amat. Jadi option ni sila letak tepi dulu untuk first timer yang nak masuk Singapore ye.

Kalau bus pulak dia macam ni.

Bus
a) Lalu Tambak Johor = Terminal Larkin  dan CIQ/Johor Sentral
b)Tuas = Perling Mall, Aeon Bukit Indah

a) Kalau nak naik bas yang lalu Tambak Johor or Causeway omputih kata, stesen Mrt yang pertama anda jumpa ialah Stesen Kranji. Aku memang particular bab Stesen Mrt kalau cerita pasal Singapore ni. Sebab mrt tu nyawa pada transportation korang nanti.

Cerita pasal terminal Larkin dulu. Katalah korang ni datang dari jauh naik bas express terus berhenti kat terminal Larkin. Naik jelah bas SBS no 170  dari situ. Bayar pakai duit RM. Tak payah pakai SGD pun boleh. Dollar tu simpan je lah buat belanja kat Singapore karang. Dari Larkin ni dia akan pergi CIQ jugak berhenti, korang kena turun bas angkut beg semua naik tangga sebab nak kena cop passport.

Sekarang kalau korang dari area bandar Johor Bahru boleh terus jalan kaki ke Jb Sentral, cross jalan pergi CIQ. Ada yang pilih nak tido dekat budget hotel area Jb town, park kereta sini then pergi Singapore. Jb town ni senang lah jugak nak cari makan sebab ada fastfood dalam shopping mall City Square & JBCC. Kalau naik uber boleh gi kawasan Stulang makan kedai tomyam. Cuma aku nak bagitau awal-awal nak jalan kaki dalam bangunan Jb Sentral pi CIQ nak cop passport tu JAUH tahu. Jauh. Lepas cop passport turun tangga pergi tempat bas. Kalau tak tau nak pi mana ikut jelah the crowd. Majoriti diorang tu akan jalan macam masuk marathon. Laju kemain. Sampai bawah jangan lintas jalan. Belok kanan jalan terus lepaskan kedai runcit jalan terus lagi sampai nampak SBS. Pilih bas SBS 170 atau 160. Ada dua option tu kat situ. Actually ada bas kuning jugak tapi aku bagi option paling mudah untuk korang.

Bayar tambang. Settle down dalam bas. Sekarang dah nak jalan lintas tambak Johor masuk Singapore. Sampai Checkpoint Singapore korang turun bas ye. Angkut segala beg pergi naik tangga cop passport kat Singapore pulak. Eh kalau dah ada kad putih, tulis dari Johor lagi. Kalau takde kad putih sampai sini boleh ambil dan isi. Korang travel bawak lah pen. Senang nanti.


Siap cop passport keluar dan turun tangga. Cari line no bas tadi. Ingat 170 atau 160. Alert kalau depan bas tu ada tulis KRANJI dan conductor bas pun jerit korang naiklah. Kejadian ni kalau offpeak je. Kalau ramai manusia kat situ korang beratur lah dengan sabar. Kalau ramai tu dia punya ramai macam nak nangis. Sebab time tulah korang tak tau korang beratur line bas yang mana. kahkah. Aku berharap korang ni kalau nak masuk sana janganlah masuk time peak orang nak gi keje. Time kurang busy lah macam 8:30am - 11am, 2pm-4pm.

Make sure korang berhenti turun dekat Stesen Mrt Kranji. Camna nak tau? Dia je bus stop yang besar sebab bawah stesen keretapi. Dari situ korang tanyalah kaunter tiket mana nak pegi. Lain kali lah baru cerita pasal mrt pulak.

b) Kalau nak ikut Tuas/Second Link boleh tunggu bas dekat Perling Mall (RM5.20) atau dekat Aeon Bukit Indah depan kedai mamak Osman. Tambang RM5. Akan ada ramai orang macam lepak-lepak tepi jalan. Diorang tunggu bas sebenarnya tu. Ko join jelah. Ini naik bas Causeway Link color kuning dia tulis CW3 atau CW3L. Aku sebenarnya prefer naik dari sini sebab less kelam- kabut. Kalau kat CIQ tu ramai orang nak gi keje. Diorang lajuuuu jalan merempit, aku pun kena laju jugakkan. Jadi serabut. CIQ pun kena turun naik tangga. Escalator sebenarnya tapi slow sangat rosak pun selalu. Immigresen Second Link ni dia setingkat. Takdelah hazab sangat nak angkut beg.

Cuma kalau nak travel Sabtu Ahad, petang tu ramai sangat Singaporean dari Aeon Bikit Indah balik shopping. Kalau ko tak ada niat nak shopping ko naik lah dari Perling Mall sebab tu tempat bas gerak. Bas kosong lagi.

Depan tu Amerin Hotel. Bus stand ni dalam parking Perling Mall opposite hotel ni. Aku dah bagi landmark kan senang korang nak cari.



Nanti sampai immigresen Gelang Patah turun cop passport then naik bas semula. Bas nanti pegi checkpoint Singapore pulak, turun lagi cop pasport naik bas balik. Dekat sini pun setingkat juga. Cuma kalau cuti sekolah penuh manusia sebab bas pelancong ramai. Kalau hari biasa relax2 je sini.

Korang make sure cari bas kuning CW ok. Tengok sign betul2. Bas ni nanti akan bawa ke Jurong MRT. Memang itulah last point bas turunkan orang. Naik tangga gi mrt Stesen then belilah tiket mana nak pergi.

Ok. Itu je lah. Cuma nak pesan sampai Singapore botol kosong simpan dalam beg. Pasal toilet takdak bidet. Isilah air dalam botol bawak masuk toilet. Sekian.

Boleh baca update story dekat sini. Part Two





















Monday, 25 September 2017

Tosai at Little India.

Hi.

Satu pagi yang tenang. Lepas aku pegi chiropractic session. Since hari masih pagi marilah aku bawak tekak aku pegi Tekka market makan tosei.

Chiropractic centre aku dekat Sixth Avenue so kalau naik downline(blue) train cuma 5 stations away je. Dalam train aku pun bayangkan aku makan tosei bite by bite sambil teguk teh masala yang sedap lemak berempah kurang manis.

Aman. Nyaman. Spending Saturday morning nicely.

Turun dekat LITTLE INDIA STATION. Cari exit Tekka Market.


Jalan senyum bahagia sambil telan air lur.

Sampai je Tekka alamak ramainya manusia. Dahlah ramai laju pulak pace masing-masing. Yelah pasar kan. Orang semua nak beli cepat-cepat balik nak masak.

Aku pun diri tepi cari tempat kosong. Berdiri tepilah sebab meja penuh. Nampak je kerusi kosong cepat-cepat rebut. Time posture badan aku masih separuh duduk separuh bongkok aku jerit kat mamak tu "tosei satu uncle". Aku pusing belakang jerit kat stall air pulak. " teh masala satu kurang manis boleh" "no problem".

Ok. Settled. Meja penuh. Tepi semua ada orang duduk. Makan jemaah dengan bangsa lain. No such thing as meja kau punya sorang kalaupun kau datang sorang.

Aku suka spot ni sebab depan aku ada bekas kuah. Free flow kuah guys. Dalca. Kari. lagi satu apa entah.



Boleh pulak bila tosei aku sampai. Tosei orang lain pun sampai sekali. Apa jadi?

Camnilah jadinya. Aku makan tak aman sebab kuah free flow depan aku kan. So non stop tangan dari kiri kanan datang nak tuang kuah. Sambil makan kerja aku nak selamatkan teh masala dari masuk kuah dalca.

Kalau tangan datang dari kiri. Aku alih gelas pegi kanan.
Kalau tangan datang dari kanan. Aku alih gelas pegi kiri.



Yang aku peliknya. Diorang ni makan tosei konsep macam makan nasi kuah sup. Tak habis-habis dituangnya kari atas tosei sampai aku tak nampak dah tosei tu. Penuh kari. Tapi bahagia je diorang makan. Kejap lagi ceduk kuah lagi.

Aku pun makan je lah redha. Tosei memang sedap. Tak dinafikan. Tapi makan tak slow. Memang makan cepat ikut pace orang kiri kanan. Habis makan. Masa untuk celebrate teh masala yang aku sungguh-sungguh jaga dari percikan kuah dalca.

Minum. Ya Allah. Tawar! Apakah usahaku sia-sia akhirnya? Nangis.

So kesimpulannya. Kalau nak pegi Tekka Market makan tosei toksahlah pegi hari weekend. Sebab ramai sangat orang. Tak boleh ambil own sweet time. Rushing. Lagi satu, kalau order air tak payahlah sebut kurang manis. Memang tawarlah jadinya. So order camni. Teh tarik satu. Air panas satu. Bancuhlah sendiri dalam gelas tu.

See ya in Singapore!