Tuesday, 19 February 2019

Masjid Al Falah Orchard Road

Kalau jalan- jalan dekat Orchard tak payah khuatir ya bapak bapak ibuk ibuk, ada je masjid selesa nak tumpang solat.

Yang penting plan masa. Masjid ni betul- betul sebelah PARAGON.

Belakang CIMB Bank. Inilah landmark nak cari masjid Al Falah.


Nampak je Cimb jalan belakang dia. Dekat spot sini traffic light yang agak busy.



Jalan tepi sampai jumpa hotel belah kanan then nampak signboard tu.




Depan ni je masjid Al Falah. Memang selesa dan bersih. Tingkat atas ruang solat perempuan siap ada kids zone. Banyak kali nak snap gambar tapi tak dapat sebab ramai sistur tengah duduk-duduk. Nak hormat privacy.

Thursday, 7 February 2019

Keria Gula Melaka Sungai Putat

Dari Shah Alam nak balik Johor, singgah Melaka. Lepas lunch time. Panas terik. Lapar sikit. Haus banyak. 

Kawan suggest kita pegi makan kuih keria. Ye ye tau. what's new kan. Melaka sama dengan keria. Keria sama dengan Melaka.

Aku bagitau malasnya nak pegi kuih keria antarabangsa tu sebab Panjang kot beratur. Tak kuasa. Jem lagi. Dahlah cuti raya cina ni.

Dia cakap. Kau ni ketinggalan zaman. Ada tempat keria lain. Tak payah drive jauh sebab dekat dengan Ayer Keroh. Kuih keria area Sungai Putat. Oh rupanya.

Kitorang ni dalam kereta hidup diserikan dengan google map. Aku memang tak taulah tempat tu. Tak pernah makan.

Lepas pusing banyak kali ikut direction map tu, akhirnya sampai. Lucky enough kitorang sesat dan sampai dari arah bertentangan. So jalan smooth. Jumpa tempat zasss parking. Sapa yang datang dari jalan utama bawak bertenanglah sebab banyak kereta tunggu turn cari parking.


Keria tu satu plastik camtu rm5. Banyaklah oklah sedap. Tak manis sangat. Tak tawar. Just nice je pada tekak aku. Aku share berdua kenyang kot makan tu.



 WARUNG KUIH KERIA BANG BOTEK.
Thank you lah Bang Botek tolong gentel keria nak bagi saya makan. Saya lagi sanggup dari Jb drive pi Melaka beli keria dari duduk gentel keria. Bahahaha.



MANGO FLOAT ROYALE MELAKA
Lepas  grab keria kita lintas menuju hiruk pikuk radio bising plus lautan manusia ramai giler. Opposite warung kuih keria ada Mango Float Royale Melaka.  Verdict dia biasa-biasa jer. Sebab aku dah biasa minum mango lassi so tetiba nampak dalam glass mango float ada ais ketul macam ehhhhh. Tapi panas-panas cuaca ni slurppppp sedap jer.



Ada je makanan lain dekat sini. Ada asam pedas boleh pilih nak ayam, ikan, lembu, tetel ataupun kambing. Kitorang datang da petang yang tinggal kambing je. Dalam rm12. 

Laksa Utara tu rm5. Pun rasanya biasa sahaja. Kalau datang lagi taknak beli lagi. 


Yang last sekali adalah star of the warung beb. Baby crab goreng spicy nama diberi. Yang ni sedap nak pengsan.
 Rm 5 = 50g
Rm 10 = 110g

Rangup.
Pedas.
Sedap.
Addictive.
Alahhh sedapnya.
Aku beli rm5 je sebab nak rasa-rasa je.

Kesimpulannya trip ke Sungai Putat ni memang berbaloi kalau korang dah sampai Ayer Keroh. Sebab ada banyak pilihan kat sini. Nasi ayam penyet, mee sup segala bagai ada. Meatball, keropok lekor juga sedia menanti atas meja tu cuma aku tak laratlah nak rasa semua.


Friday, 1 February 2019

Thaksin Beef Noodle.



Satu petang tu keluar jalan-jalan konsep riadah. Tiba-tiba langit berubah menjadi mendung. Angin sejuk. Maka otak pun ligat berfikir.

Bukan sebab lapar sangat pun. Saja jer.

Teringin pulak makan yang cair-cair. Sup-sup.

Sanggup tukar direction. Naik bas bukan main jauh. Tukar mrt lagi. Nak pegi Seah Im Food Court punya pasal.

Mrt : Harbour Front

Beef noodle ni kuah dia cair je. Clear soup takde rempah. Vietnam style. Sebab kitorang taklah lapar pun so order satu bowl share.

Keadaan asalnya tak pedas. Kita pun curahlah chilli flakes sesuka jari. Pedas giler hoi flakes dia. Pakai cili padi agaknya.

Kalau nak order dia akan tanya, nak perut? Babat? or only beef? Aku jawab nak je semua.

Normal bowl $5. Yang aku order ni $6 konon sebab share. Tapi lain kali takyah tamak sangat. $5 pun dah boleh share.

Harga bowl tu memang dia dah tulis kat signboard dia nak yang berapa dollar.