Thursday, 6 December 2018

Berapa nak budget duit makan di Singapore.

Ada orang pergi holiday sebab food hunting. Fokus dia memang MAKAN. Makan selagi boleh. Nak rasa semua makanan selagi boleh. First thing dia google - makan sedap Singapore.

Ada orang pergi holiday sebab nak jalan. Bab makan ni buat syarat jelah. Dah lapar, makan. Apa-apa pun bolehlah. Janji jumpa kedai, taknak jalan jauh-jauh carik makan. Yang satu hala balik hotel je so boleh rehat cepat. 

Hah gitu pulak. 

Untuk golongan first, budget lebih. Kalau cafe starts mins $12. Tu start je lah. Kadang dapat makan. Kadang dapat air je harga tu. Tapi diorang ni memang fokus makan, so budget memang besar dekat sana.

Golongan kedua adalah golongan janji makan sudah. Banyak food court & hawker centre di mana jua anda berada. Majoriti penduduk Temasik ni makan luar maka anda jangan bimbang. Semua kawasan pergi boleh jumpa kedai makan terselit. 

Kalau hawker centre tu kalau food + air = budget $10 lah sekali makan. Kadang ada lebih jugak. Mee goreng, nasi goreng tu selalu starts $4.40. Nasi biryani dalam $5, $6 pun dapat. Satu benda kalau hawker centre ni portion makanan dia besar! Boleh share 2 orang. Tak caya try lah. 

Air hawker centre segelas $2.50 lah purata. Tu bukan air special Milo dinasour laici, teh blended serai gula melaka lah. Itu lantaklah korang top up lah sama level dengan extra resepi ti.

Kalau pegi holiday kadang jadual makan lari. Breakfast pukul 10 pagi. Dah jadi Brunch. Makan malam awal sebab skip lunch. 6pm dah dinner. Balik terus rehat. Malam nak supper. Ok. cuma supper jer macam kena tengok tempat. Kalau hawker centre bukaklah sampai midnight. Kalau foodcourt tu rasanya tutup awal.

Jadi sehari kalau nak makan 3 kali budgetlah $30. Tapi kalau makan biasa-biasa tak sampai $30 pun. Tu boleh masuk budget beli air mineral bawak jalan sekali.

Monday, 3 December 2018

What a happening life, kids!


Ada satu kawasan tu tema dia pasal sejarah macamana orang cina dulu-dulu mula jejakkan kaki datang Temasik ni. Naik tongkang dari Tanah Besar Cina. Santai konsep belajar sejarah dia. Salahg satu dia mural macam ni.

Cukup.
Nampak dah.

Budak- budak cina zaman tu inilah kerja dia! Main-main. Lastiklah. Panjat tingkaplah.

Ini korang jumpa kalau masuk area China Place. Ada Heritage way. Lalulah sana. Bangunan tu kiri kanan office. Luvky them. Pi office macam ni attractions area.


Friday, 30 November 2018

Dragon On The Wall.



Dekat Area TELOK AYER ni kita kena prepare minum air sebotol. Baca Bismillah and walk in awe. Sebab dari lorong ni akan tembus lorong sana. Bila masuk lorong sana tembus dekat sinun. Lepas singgah minum air bandung dekat food centre tepi mrt station aku jalan je random. Lalu bawah anak tangga Ann Siang Hill terus pi Amoy Street. Amoy Street ni penuh dengan offices dekat tingkat atas. Tingkat bawah banyak cafe, bar & kedai.  Bangunan Peranakan shophouses ni dia refurbished tukar pada office. Main character tetap ada. Memang wow lah!

Bila sampai hujung Amoy street tu nak pegi pulak area Chinatown. Bila sampai dekat hujung bangunan nampak dragon dengan ikan gergaji ni. Nice kan. Kedai hujung tu restaurant + pub. Tak halal sistur.

See ya in Singapore!

Tuesday, 27 November 2018

Telok Ayer

Hi.
It's been awhile.

Katalah korang dah bersepakat untuk berjalan secara damai nak tengok rare scenery around the city. Tapi tak tau nak start dari mana.

Oh well. Orchard Road is too mainstream, tak perlulah ke sana dulu. Turunlah di station mrt TELOK AYER. Ni line color biru ye.

Area TELOK AYER ni di tengah-tengah antara Tanjung Pagar (line hijau) dengan Chinatown (line hijau.) Kalau jalan, jalan, jalan, jalan, boleh jadi ehhh tiba-tiba ada dekat Chinatown.

Apa yang boleh expect dekat TELOK AYER ni, makan halal dekat food centre sebelah  mrt station, masjid dan historical building and attraction. Peranakan building well maintained pun boleh bikin ralit jalan mendongak sampai sakit tengkuk.




See ya in Singapore.

Tuesday, 21 August 2018

Benda penting kalau nak travel di Singapore.



Hi. Dah set the date nak jalan-jalan dekat Kota Singa? Apa yang nak kena bawa eh? Kalau time nak roam the city tu nak bawak satu luggage pun boleh. Ikut sukalah kalau larat nak angkat.

Tapi yang paling essential, mustahak, wajibul ghunnah cuma these items;

1) Passport.

2) Mrt system map. Map ni boleh ambil free dekat semua kaunter station mrt. Senang nak rancang mana nak pergi lepas ni, petang ni, besok pagi.

3) Kad Ezlink untuk bayar tambang tren. Satu kad tu beli harga dia $20. Dalam tu ada value bole guna $12. Boleh bayar untuk semua tren dan bas. Nak naik tap, bila turun tap lagi sekali. Fuss free tak payah nak sediakan syilling nak tanya berapa tambang dekat driver tu kalau naik bas. Katalah dah nak balik ada lagi baki sikit dalam Ezlink tu boleh je pegi kedai tertentu beli air pakai kad tu. Ada certain shops yang accept Ezlink tu macam kedai air Koi yang jual bubble tea tu.

Option lain boleh je beli tiket sehala tiap kali nak pegi mana-mana naik tren. Tapi tulah tiap kali nak pegi destinasi seterusnya kena beratur dekat kaunter tiket, cari destinasi, tekan skrin, bayar. Ok jer. Tak payah bayar harga kad, jimat $8 kan. Tapi korang taklah bebas nak pegi kemana-mana pada bila-bila masa. Sebab bila ada kad tu, impromptu travel jadi lebih mudah. Main tap kad je. Kad Ezlink tu tak boleh return bila habis travel. Simpan bawak balik dengan niat nanti datang lagi.

4) Duit. Duit ni pandai-pandailah kalau nak shopping tu bawaklah sebeban. Kalau cuma sebab nak travel tengok bangunan, jalan-jalan melawat kawasan, banyak jer aktiviti yang free. Kalau nak budget untuk makan demi kelangsungan hidup supaya keluar dari Singopre taklah kurus kering kekurangan nutrisi, budget dia camni. Sekali makan purata $7 siap air. Foodcourt halal merata. Banyak Indian Muslim punya stall. So famous dia mee goreng mihun goreng color merah tu semua budget $4.50- $5 sepinggan, Portion boleh kenyang jangan takut.

See ya in Singapore.