Tuesday, 21 August 2018

Benda penting kalau nak travel di Singapore.



Hi. Dah set the date nak jalan-jalan dekat Kota Singa? Apa yang nak kena bawa eh? Kalau time nak roam the city tu nak bawak satu luggage pun boleh. Ikut sukalah kalau larat nak angkat.

Tapi yang paling essential, mustahak, wajibul ghunnah cuma these items;

1) Passport.

2) Mrt system map. Map ni boleh ambil free dekat semua kaunter station mrt. Senang nak rancang mana nak pergi lepas ni, petang ni, besok pagi.

3) Kad Ezlink untuk bayar tambang tren. Satu kad tu beli harga dia $20. Dalam tu ada value bole guna $12. Boleh bayar untuk semua tren dan bas. Nak naik tap, bila turun tap lagi sekali. Fuss free tak payah nak sediakan syilling nak tanya berapa tambang dekat driver tu kalau naik bas. Katalah dah nak balik ada lagi baki sikit dalam Ezlink tu boleh je pegi kedai tertentu beli air pakai kad tu. Ada certain shops yang accept Ezlink tu macam kedai air Koi yang jual bubble tea tu.

Option lain boleh je beli tiket sehala tiap kali nak pegi mana-mana naik tren. Tapi tulah tiap kali nak pegi destinasi seterusnya kena beratur dekat kaunter tiket, cari destinasi, tekan skrin, bayar. Ok jer. Tak payah bayar harga kad, jimat $8 kan. Tapi korang taklah bebas nak pegi kemana-mana pada bila-bila masa. Sebab bila ada kad tu, impromptu travel jadi lebih mudah. Main tap kad je. Kad Ezlink tu tak boleh return bila habis travel. Simpan bawak balik dengan niat nanti datang lagi.

4) Duit. Duit ni pandai-pandailah kalau nak shopping tu bawaklah sebeban. Kalau cuma sebab nak travel tengok bangunan, jalan-jalan melawat kawasan, banyak jer aktiviti yang free. Kalau nak budget untuk makan demi kelangsungan hidup supaya keluar dari Singopre taklah kurus kering kekurangan nutrisi, budget dia camni. Sekali makan purata $7 siap air. Foodcourt halal merata. Banyak Indian Muslim punya stall. So famous dia mee goreng mihun goreng color merah tu semua budget $4.50- $5 sepinggan, Portion boleh kenyang jangan takut.

See ya in Singapore.

No comments:

Post a Comment