Friday, 20 September 2019

Berbaloi ke pergi Gardens By The Bay?



Dalam banyak-banyak tempat aku pergi inilah kali pertama aku compile gambar buat collage. Banyak sangat bunga sampai tak tau nak choose yang mana jadi compile je lah banyak-banyak. Lagipun bunga kan kecik-kecik, kasi nampak lah selagi muat.

All right. Perasan hotel bentuk sampan dekat tingkat paling atas yang ada infinity pool overlooking Singapore city? Hah Gardens By The Bay ni ada dekat belakang dia.

Area ni jauh dari hiruk-pikuk Orchard Road. Kena inform benda ni awal-awal. Area ni takde kena-mengena dengan Orchard Road.

Kawasan ni dekat dengan Merlion, singa berdiri yang keluar air dari mulut. Dekat juga dengan Esplanade, bangunan bentuk durian.

https://www.google.com/maps/@1.2846042,103.8584892,17.75z

Dekat tidak membawa maksud jalan keluar bangunan belah kiri sampai Merlion. Jalan sikit dua minit sampai Esplanade.

Nehi. Nehi.

Dalam satu daerah. Boleh nampak satu sama lain. Tapi nak jalan boleh tahan lah jauhnya. Nak naik Grab macam kelakar pulak sebab tak sempat driver tu tarik nafas kali ke lima dah sampai.

Ok balik pada cerita berbaloi ke pergi Gardens By The Bay?

Berbaloi!

Pada aku berbaloi sebab area tu (vicinity of MBS. Merlion and Promenade) kau boleh spend masa sehari. Berbaloi pada aku lebih pada aktivity menyeluruh kawasan tu.

Harga pula agak tercekik juga wallet. Untuk dua entrance : Flower Dome dan Cloud Forest aku bayar lebih kurang $50 mengikut harga pelancong. Menarik bukan? Rate semasa kena kali tiga maka total harga lebih kurang RM 150.

Walaubagaimanapun presentation di dalam adalah sangat WOW! At least seumur hidup kalau dah pergi Singapore banyak kali, masuklah sekali. Menurut makcik aku yang hobinya adalah masuk Gardens By The Bay secara berskala, bunga-bunga dan decoration ditukar mengikut musim.

Ada musim tulip. Ha tu dia punya favourite. Masa aku masuk sebab musim national day maka ada decoration bertemakan national day. Kalau dah national day Singapore wajiblah ada segment bunga orkid sebab tu bunga kebangsaan.

Banyak  jenis bunga orkid. Geram sebab pokok tu semua diorang jaga kemain bagus jadi berkembang cantik dan color vibrant.

Aku masuk Cloud Forest juga. Ini unik dan menarik sebab ada banyak jenis hutan kat dalam ni. Ikut ketinggian lah kononnya. Impressive juga. Siap ada air terjun yang instagrammer suka ambik gambar.

Kalau compare antara dua, aku lebih suka Flower Dome. Colorful tengok bunga.

Bila masa yang sesuai nak datang Gardens By The Bay?

Aku masuk pukul 1 tengahari dah keluar pukul 6:30 petang. Hahahahah lama betulkan. Apakah kegilaan ini. Maka aku mampu berikan jawapan.

a) Kalau kau datang sebelum awal seawal Garden By The Bay buka pukul 9am sebelum pukul 2 petang tak ramai orang. Aku datang pukul 1 tengahari lapang, tak sesak. Bila beli tiket kita dapat tiket, gelang yang lilit kat tangan dan dia cop jugak kat tangan. Unlimited access in a day. Samada kau tunjuk tiket nak scan atau tunjuk cop kat tangan, setel.

Aku siap keluar solat dan lunch. Then masuk balik. Kalau nak tau bilik solat kat mana, baca sini. Aku keluar dalam pukul 3:30pm dan masuk balik pukul 4:30pm. Bila masuk balik oh oh rupanya the crowds dah mula penuh.  Keluar tadi lengang. Masuk balik serabut. Penuh.

Kalau nak have own sweet time, nak ambil gambar senang tak payah tunggu turn, datanglah awal sebelum 2 petang.

b) Pendapat aku yang kedua. Kalau nak tengok two in one, datanglah lewat dalam pukul 5 petang. Kau boleh tengok dalam dome tu masa ada cahaya matahari dan malamnya dengan cahaya lampu. Tapi itulah, ramai. Malas aku jalan kiri kanan penuh orang. 

Lagi yang bestnya, depan The Shoppes at Marina Bay Sands ada Light & Water Show pukul 8 malam dan 9:30 malam. 

Jadi kalau datang pukul 5petang tu korang boleh lah menikmati persembahan lampu di malam hari dia bawah cahaya matahari.

Apapun pendapat saya keputusan di tangan anda! Merdeka!


Monday, 16 September 2019

Former Ford Factory

Aku ni bersungguh-sungguhlah nak pergi muzium Former Ford Factory. Pagi-pagi dah tunggu bas. Sanggup tukar dua bas sebab takde direct bas dari rumah.  Then duduk dalam bas sangat alert sebab taknak terlepas bus stop.

Kali ni aku pergi dengan Ili, cousin aku. Dia memang Singaporean.

Turun bas. Aku ambil gambar bus stop dan signboard bagai.

Ni nak tunjuk boleh naik bas no berapa kalau nak datang sini.




Lepas snap gambar signboard ni kami pun jalan pergi pintu masuk.

"Ili, banyak ke kereta dalam museum ni?" 
"What car?"
"The displayed car lah. Vintage ke? Kereta lama. Dia tunjuk mesin buat kereta ke apa" 
"Eh i think this is not car museum lah."
"Bukan museum kereta Ford?"
"No! This is history pasal sejarah. Takde kereta." 
"WHAT!!!!!!!!!!" 
Mati-mati aku ingat ada kereta Ford lama-lama dalam museum ni. Kereta sport takde bumbung ke zaman dulu-dulu. Sebab tulis Ford Factory. Rupanya museum sejarah.

Sejarah apa benda ni.


Seperti biasa kawasan yang sangat bersih. Muzium ni terletak sebelah apartment. Kawasan perumahan. Takde apa sangat kawasan sekeliling yang korang nak buat combo lawatan. Datang semata-mata pergi muzium lepas tu gerak gi daerah lain. Nak lepak minum pun takde.

Pintu lama yang dijaga rapi. Certain items dalam muzium ni replika. Ada yang asal dan dibaik pulih kembali. 

Aku rasa tak boleh ambil gambar kat dalam. Tapi aku curi-curi ambil juga. Yelah kalau aku tak kasi sneak peak kat korang mana korang nak tau ada apa dalam ni. Kalau korang tak tau ada apa dalam ni macam mana korang boleh teruja teruk sampai nak datang visit. Kalau korang tak datang visit, tak meriahlah muzim ni. Aku harap muzium ni pahamlah niat baik aku. Cewah.


Masa tour dalam muzium sambil baca information ataupun dengar penerangan audio, masa tu otak pun cakap oooo, kat sini dalam bilik sini dulu diorang jumpa... oooo diorang guna meja ni dulu...


Meja atas tu ada cerita dia juga. Aku rasa that is the actual meja. Or the chair? Ish dah lama aku pergi baru nak tulis camnilah. Lupa. Memang ada individu yang hadiahkan certain furniture pada muzium. 





Dalam bilik atas tu, 15 February 1942, British surrender pada si Yamashita. Officially British kalah pada Jepun.


Ohhh padanlah bangunan ni jadi muzium sebab this is the location where history took place. Korang baca info kat atas tu. Penat aku snap. Memang informative. 



Inilah gambar sejarah masa penyerahan kuasa. 


....and last gambar toilet.
Sempat lagi. Memang bersih and i am in love dengan design toilet dalam muzium Former Ford Factory ni. Lebih penting toilet dia ada paip air. Ini info penting yang aku akan bagi pada viewer aku.

Itu je gambar yang aku ada, yang patutnya aku tak ada. πŸ˜…

Ok jom cerita apa ada dalam muzium ni.

Muzium Former Ford Factory ni memang pasal sejarah British kalah dengan Jepun. Pasal penjajahan dan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Masa tu Malaysia dan Singapura masih di bawah nama Tanah Melayu. 

Muziam ni menceritakan tentang sejarah dengan cara yang moden dan menarik. Bila kita sebut pasal muzium kita akan ingat pasal muzium kita pergi zaman rombongan sekolah. Tapi muzium ni ceri interactive. Ada video. Ada dia buat macam interview dengan mangsa kekejaman Jepun.

Ehhh aku sebenarnya dalam muzuim ni rasa geram je. Hangin je dengan perangai Jepun zaman dulu tu. Memang ish. Yamashita tu aku macam kalau jumpa cucu dia aku nak je sekel-sekel kepala dia nak cakap "Sakit tak? sakit tak? haaa camnilah dulu atuk kau ketuk-ketuk kepala orang. Penyangak betul."

Punyalah berjaya muzium ni membawa aku kembali ke zaman 40-an dan merasai penderitaan masyarakat zaman tu.

Bayaran masuk free untuk Singaporean. Untuk pelancong seperti saya bayarannya adalah $3. Bayaran cash tidak diterima ye kawan-kawan. Kena bayar guna debit atau credit card sahaja. Bayar pakai NETS pun boleh. Lagi best boleh bayar pakai EZ Link card. Ni yang aku dok sibuk suruh korang beli Ez Link kalau nak masuk Singapore. Klik sini pasal EZ Link.

Patut tak korang datang Former Ford Factory? Yes!  Kalau nak masukkan dalam itinerary visit to Former Ford Factory will consume about 1.5 hours. 

See you in Singapore

Friday, 13 September 2019

Shahlin dah berubah!

Semua kawan rapat tak pernah tak dapat soalan ini.

"Kau tido berapa jam sehari?"
"Kau tido pukul berapa selalu?"
"Kau bangun pukul berapa?"
Itu memang staple question aku lah tu.

Sebab sleeping is my biggest concern in life (apart from eating). Hahaha sounds crazy but true enough. Tidur kena cukup lapan jam. Kurang tak boleh. Kena qada balik. Kalau lebih, takpe. πŸ˜†

Makan pulak kena cukup meal. Bangun tidur kena sarapan. Lunch kena makan. Empat jam or lima jam sekali kena makan lagi. Takut gastrik. πŸ˜›πŸ˜œ

Ape ke hal lah kan. Jadi daily plan revolves around sleeping and eating time.

Tapi itu dulu.

Sekarang tidak lagi! ✊✊ Bercakap macam bagi manifesto pilihanraya.

Thanks to social media. Senang nak expose dengan lebih banyak information. Dari rigid i-must-get-meal-every-five-hour zaman dulu kala sampailah macam-macam jenis diet and eating pattern sekarang ni. Aku pernah try atkins, keto dan intermittent fasting. Trying means takdelah religiously follow sampai bertahun-tahun dan follow strict rules each diet tu. I try to tengok how it did good to my tummy.

What happened to me after trying different kinds of diet? Oh fyi intermittent fasting is more to eating pattern rather than diet, ok.

It twists how my brain works with my tummy and my body. Sekarang ni however i eat, whatever i eat, regardless how many (or few) times i get access to meal i can still function well.

Rupanya it is all in your brain and not solely bout the food. Well eating good food is still vital. 

So sekarang ni hidup aku lebih senang.

Kalau aku cuma ada ayam, aku consider atkins.

Kalau telur, susu, butter aku consider keto.

Kalau aku takde peluang untuk makan, aku consider intermittent fasting. πŸ˜„ Sounds soooo pelik to my old friends. Dengar ni macam tak caya kan! hahaha

Kalau aku ada roti je. Aku sapu butter or marjerin kalau aku teringin yang sedap masin2 sikit, bakar. Makan. It's carb day. I'm not gonna die eating carb. Haha

Kalau kadang-kadang keluar makan dekat kedai lunch. Nampak lauk yang memang suka tapi takkan masak dekat rumah. Ceduk nasi ambil lauk favourite. Makan dengan gembira. Feeling happy. Done! Tu consider lucky day sebab kat rumah takkan masak lauk full pakej.

Sekarang hidup lebih flexible. Lebih flexible hidup lebih senang dan kurang stress.

Setel bab makan. Sekarang bab tidur. Ini lebih menarik.

I used to suka tidur dan tidur malam wajib cukup lapan jam. I make a point to kira how many hours i get my sleep yesterday night and i will compensate kalau tak cukup lapan jam. Kalau tak cukup lapan jam boleh depress. lol

Sekarang macam ni. Kebelakangan ni aku rasa aku dah tak berapa boleh dapat lapan jam tidur. Means macam kurang sikit je tido. Tapi puas tido dan mata macam ok pulak sebab sekarang nak lelap payah sikit but once aku dah tido, that's it. Nyenyak.

Then aku plan nak pegi travel Indonesia akhir tahun ni, insyaAllah. Jadi aku banyak baca blog dan google pasal few destinations dan activity yang aku nak buat nanti. Among others, ada  activity yang aku memang kena start malam seawal satu atau dua pagi. *gosok mata*

Ok. Fine. Ada lebih kurang tiga bulan je lagi nak akhir tahun. Jom start practice sekarang!

*TINGGG*

Aku rasa lepas aku perasan yang aku kena lebih flexible dengan sleeping pattern aku so that my travelling experience jadi lebih best, aku berjaya tukar mind set aku.

Bila aku tukar how my brain works, aku jadi flexible pulak dengan sleeping pattern.

Ehh dia camtulah. Pusing situ. Macam mana dulu? Chicken ke egg?

Berapa jam tidur tu satu hal. Pukul berapa tidur pun satu hal juga. Tu pun aku flexible. Kalau tidur awal, sedar awal pun takpe. Kalau tidur lambat sedar lambat pun takpe. Kalau tak cukup tidur, bila dapat peluang tidur siang, tidur. Senang.

Setel bab tido.

Ni travel punya pasal. Very determined nak travel fit macam-macam aku berjaya ubah habit.
*blow fingenails*

Since aku dah start mengajar swimming semula, aku make it a point to ambil masa swimming few laps before, tengah or after teaching. Wajib. Nak travel kena fit baru boleh enjoy sebab stamina will helps you pergi lebih jauh lagi. Macam iklan petrol bunyi dia. Tapi itulah hakikatnya.

Jadi ini sebenarnya first entry untuk hashtag baru iaitu #JalanKakiIndonesia.

See you in Indonesia!











Tuesday, 10 September 2019

Surau di Gardens By The Bay

Aku tak berapa rajin nak compile gambar aku pergi Gardens By The Bay maka aku specific je tulis pasal Surau.

Surau ni penemuan terbaru aku. Aku pun baru first time sampai sini. Haha. Jadi konsep dia lebih pada aku datang then tanya surau ada tak? Jawapan dia ada. Bukannya aku pergi dah banyak kali, tapi surau baru siap.

Lah rupa-rupanya surau ni pun aku tak ambil gambar. Aku buat video je. πŸ˜† So tengoklah video ni.




Surau ni ada dekat public area. Kalau korang tengah jalan-jalan dalam Cloud Forest atau Flower Dome, korang kena keluar. But fret not. Boleh masuk balik sambung tour dengan syarat tiket simpan dan cop kat tangan ada lagi.

Area surau ni agak jauh dari main location, dome entrance yang ramai crowd tu. Dia opposite open park yang ada Supertree. Supertree tu pokok giant korang selalu tengok gambar tu. Hah tu lah dia.

Paling mudah cari fast food Texas Chicken. Texas Chicken ni ada dalam Food Hall. Tepi Food Hall tu ada satu pintu. Takde pun tulis prayer room ke apa.

Pintu tu tulis AUTHORISED PERSONNEL ONLY.

Itulah surau dekat Gardens By The Bay. Surau ni share laki dan perempuan. Jadi amatlah berbesar hati kalau tak payah bersiap lama-lama lepas solat. Pakai tudung lilit-lilit, make up cantik-cantik semua buat dekat toilet.

Ini agak kritikal dan penting untuk ingatkan. Staff kalau nak prayer break memang kena laju-laju. Masa sangat limited. Jadi jangan bolot surau tu dengan geng. Siapa yang nak solat, masuk dalam. Siapa yang belum nak solat tunggu luar. Duduk dekat food court sebelah tu pun boleh. Ada aircond.

Oh satu lagi, ada selipar dekat surau tu untuk pakai ambil wuduk. Wuduk dekat toilet. Jauh sikitlah nak jalan tu.

Ok. Bye. See you in Singapore.

Friday, 6 September 2019

Mistri Road yang penuh misteri

Time nak jalan pergi Masjid Palmer aku acah-acah main jalan shortcut. Acah-acahlah sebab bukan aku confirm pun jalan shortcut aku tu.

Main asal boleh jer.

Aku berhenti dekat Anson Road depan M Hotel Singapore terus lintas jalan nak pergi area Shenton. Aku nampak dari jauh ada terminal bas. Maka aku nak tuju sana sebab aku tau Masjid Palmer ni ada dekat belakang terminal bas tu. Oh ok Masjid Palmer ni nama penuh dia Masjid Haji Muhammad Salleh.

Bila jalan aku nampak road sign ni.


Menarik. πŸ˜ŽπŸ˜„

Ehh kenapa susah sangat nak masuk jalan ni? Sebab jalan ni misteri.

Hahaha kelakar agaknya aku buat joke macam ni bagi dekat diri sendiri time panas terik berjalan tak bawak botol air ni.

Balik rumah aku buka buku What's in the name? nak check ada tak  nama Mistri Road ni. Aku teka nama jalan ni mesti asal dari word misteri lah. Apa lagi. Korang mesti teka benda sama.

Salah!!!!!!

Mistri ni nama orang lah.

Mistri Road : Navriji R Mistri (1885 - 1953) was the Parsi (see Parsi Road) entrepreneur who started the Phoenix Aerated Water Company in 1925. He donated a large part of his wealth towards medical services in Singapore.
Dah dia suruh refer Parsi Road, aku pun carilah.

Parsi Road : This road was named after the Parsi (or Parsee) Cemetery in this location up to 1969, after which it was relocated when the land was acquired by the government. Parsis are followers of the Iranian prophet Zoroaster in India. The first Parsi arrived in Singapore before 1830.
Ohhhhhh yang ni barulah misteri. Kubur ye area ni.

Jap tengok peta mana area ni.



Parsi dan Mistri Road tu memang satu kawasan. Sebelah- menyebelah  jalan dia.

Area ni kalau kita tengok lagi besar dia permulaan jalan business district. Memang office area.


Kalau tengok map atas cuba cari Tanjong Pagar EW15. Itu mrt station. Kalau nak jalan kaki tengok bangunan lama atau saja nak jalan-jalan, aku cadangkan pergi area lepas mrt station tu. Area sana dah start menarik dah. Even dalam mrt station pun dah meriah. Nak makan halal pun ada. Area Mistri Road ni takde apa lah.

Ok. That's all. See you in Singapore.

Thursday, 5 September 2019

Filem Sangkar


Best ke?

First sekali aku memang selective bab beli tiket wayang cerita melayu ni. Tengok dulu pengarah dia. Oh yang ni Kabir Bhatia, so setujulah nak tengok.

Remy berlakon memang suka.
Zul Ariffin pun favourite.
Pakej lengkap.

Cuma Zul Ariffin berlakon dengan Remy? Hmmm... itu tak sure sebab tak pernah tengok gandingan diorang ni. Dua-dua ni hero so sapa nak jadi hero dalam citer ni?

Dalam cerita ni Johan (Remy) dan Adam (Zul) peninju. Diorang kan wrestler dalam cage sebab tu filem ni tajuk dia sangkar. Dari rival dalam sangkar tu si Adam tak puas hati sampai nak bertinju kat luar pulak. Bila si Johan ni dah cedera dia kerjakan, dia rasa bersalah at the same time nak insaflah. Maka dia pun offer nak jaga Johan.

Cerita ni kelakar. Zul Ariffin memang bab kasi dialog yang selamba badak je memang dari dulu dia expert.

Cerita ni menginsafkan. Remy Ishak kalau cakap dengan emosi memang dia hebatkan. Time type ni pun boleh terbayang muka emosi dia even without dialog.

Cerita ni walaupun dia memang main emosi tapi element emosi tak sekuat cerita Pulang. Well, why should Kabir buat cerita yang sama kan. Betul juga.

Cerita Sankar lebih santai, lebih suspense, lebih funny yet emotional. You learn about family values. How two different upbringing shapes two different adult character.

Should you go watch Sangkar? Yesssssss you should. Cerita Kabir Bhatia kot. Giler tak tengok!





Sunday, 1 September 2019

Masjid paling dekat dengan Universal Studio Singapore USS.


Aku ni suka jalan merata Singapura naik bas sebab boleh nampak lebih banyak bangunan & landmark. Kalau naik train jalan dia  sama je.

Tiap kali naik bas no 100 dari depan rumah nak pergi Arab Street aku akan melepasi pintu masuk ke Sentosa Island belah kanan aku.

Apa yang lebih menarik sebelah kiri pula ada satu masjid. Tepi dia ada tanah perkuburan lama. Itu tak menariklah untuk aku. lol.  Tapi kalau tengok masjid tu dari atas bas akan terpandang jugalah batu nesan banyak-banyak tu.😨 Bas kan tinggi, lagilah jauh & luas aku nampak.

Kali ni aku make a point naik bas no 100 nak melawat masjid tu. Aku turun satu bus stop lebih awal. Patutlah macam jauh je jalan. Aku lalu pintu masuk trekking Mount Faber, lalu mall lama entah apa nama dia, lalu Travelodge Harbourfront barulah sampai masjid ni.

Apa yang istimewa sangat masjid ni? Dekat Singapore ni semua masjid ditadbir selia oleh MUIS. Majlis Ugama Islam Singapura. Hanya ada dua masjid yang terkecuali, satu daripadanya masjid inilah.

Dah tu masjid ni siapa yang tadbir?



Surprise!!
Surprise!!

Masjid Temenggong Daeng Ibrahim ditadbir oleh Jabatan Agama Islam Johor

Tengok alamat dia kat bawah ni.



MASJID TEMENGGONG DAENG IBRAHIM 
JOHOR DARUL TAKZIM

Location dalam Singapore. Tapi alamat Johor Darul Takzim pulak. Sebab ikut sejarah zaman dulu ini kawasan jajahan keturunan raja Johor. Tahun 1820-an kawasan ini adalah Istana Lama iaitu kediaman Temenggong Abdul Rahman. 

Bila dia meninggal dia disemadikan di kawasan itu juga. Tanah itu terus jadi tanah perkuburan. 



MAKAM DiRAJA JOHOR TELOK BLANGAH.



Tak boleh ambil gambar jadi aku masuk je lah tengok sikit-sikit. Aku sorang-sorang kot. Memang taklah nak pegi jauh-jauh. Cuma sebab cuaca sangat panas dan terang benderang takdelah element cerita seram. Makam diRaja ada dalam bangunan sebelah kanan tangga tu. Memang luas kawasan dia. Dari dalam bas rasa dah nampak banyak. Bila sampai tangga paling atas tu baru nampak scattered sampai atas bukit sana lagi.

Kita tengok gambar masjid je lah. Makam ni sebelah masjid je. Dalam satu kawasan.

Bendera Singapura dan Johor depan masjid.

Pintu depan masjid.

Ruang laluan belakang ke area wuduk dan tandas.
Memang bersih sangat masjid ni. Berangin. Selesa.

Ruang solat utama.

Karpet pun design pokok lada hitam sama macam masjid dalam negeri Johor.


Ruang solat wanita. Telekung disediakan.

 
Ini kuarters kakitangan Jabatan Agama Islam Johor.
Aku berbual dengan pakcik maintenance yang tengah betulkan kipas masa aku datang tu. Dia kerja bawah Kerajaan Johor dia kata. Duduk rumah dekat belakang tu. Lepas tu aku tanya juga. Anak-anak pekerja sini sekolah sini ke pergi Johor tiap hari? Dia jawab budak-budak tu semua sekolah sini (Singapore) je. Dia orang apply pass. Oooooo untunglah jugak sebenarnya.


Ini area belakang masjid menghadap kuarters. Tempat minum-minum. Ada warung mini. Aku nampak ada air, keropok semua. Time aku datang ni adalah orang lelaki duduk rehat berbual-bual. Banyak kereta plat Johor parking sini. Sebahagiannya drive van bawak pelancong pergi Universal Studio Singapore. So sementara menunggu tu diorang datang tunggu sini.

Masjid ni memang dekat dengan pintu masuk Sentosa Island tu. Kalau korang pergi USS nak singgah solat sini memang boleh sangat. 

Aku jalan kaki keluar pagar menghala Vivocity. Aku nak berdiri tengah-tengah jalan tepi traffic light ambil gambar so korang boleh nampak senang lokasi kawsan ni.

Itu Travelodge Harbourfront. Sebelah dia masjid.


Sebelah sini pula Vivocity. Tempat train nak masuk Sentosa Island. Tu nampak tu train dia tu.

Kalau sebelum ni korang tak tau nak solat mana kalau nak pergi USS jadi sekarang ni dah ada optionlah. Kalau nak toilet break atau nak rehat sekejap sebelum atau selepas pergi USS boleh datang Masjid Temenggong Daeng Ibrahim ni.



Thursday, 29 August 2019

Masjid Khalid Singapore

Hari ni kita nak cerita hal yang tak berapa nak duniawi sangatlah eh. Kita cerita pasal masjid. Time jalan kaki area Geylang lalulah depan masjid ni. Nampak suram tak meriah dan kecil.


Memang macam tu lah rupa depan dia dengan pokok merimbun depan gate. Gelap je. Takde orang pun keluar masuk gate. Dalam hati aku lah cakap. Tapi logik je sebab itu bukan peak hour. Pukul 3 petang.

Aku masuk jugak. Yelah akukan seorang Islam mestilah masuk masjid. πŸ˜„ #RiakTakBertempat

Bila aku masuk tu jumpa dapur. Manalah ruang solat perempuan ni. Nak gi toilet sangat ni. Laaaaaaah rupa-rupanya aku masuk dari belakang masjid. Patut tak meriah.

Masjid Khalid ni terletak di deretan rumah teres di antara Onan Road dan Joo Chiat Road.
Pintu belakang di Onan Road yang aku lalu tadi.

Ni view masa aku berdiri dekat Onan Road.

Pintu depan pula terletak di Joo Chiat Road.

View dari Joo Chiat Road.

Baru meriah area sini sebab Joo Chiat Road ni kawasan kedai. Dari depan nampak masjid pun besar dan terang.

Tapi aku tak keluar dari pintu depan masjid. Aku keluar dari Onan Road semula sebab kasut letak situ. Keluar masjid aku teruskan jalan kaki.

 Di antara Onan Road dan Joo Chiat Road aku pun masuk lorong belakang ni sebab curious. Takde apa pun. Boleh nampak masjid dari sini tapi takde pintu masuk.

Bersih kan! Ni belakang kedai & belakang rumah orang tau.

Ok enough cakap pasal kawasan sekeliling masjid. Apa yang buat masjid ni sangat unik pada aku?

Tadi awal masuk aku tengok masjid ni bangunan lama, bukan kategori masjid baru bina. Kecik. Suram. Sempit. Yelah masjid dekat deretan rumah, segitu je la besar dia. Buat besar-besar nanti tutup jalan pulak.

Bila masuk dalam masjid.....


Masya Allah. Lapang. Terang. Huge. Enormous. Berangin. Oxygen banyak. Tak bau kepam. Airy. Well ventilated. Entah apa lagi words yang aku nak guna. I am amazed guys. Amazed.


Ini ruang solat perempuan. Tandas & area wuduk betul-betul tepi pintu masuk ruang ni.

Masa aku datang ni ruang solat terang benderang tanpa perlu buka lampu. Siapalah yang design masa refurbished masjid ni? Bijak betul.



Nampak tak atas bumbung tu ada glass so bila siang boleh guna natural sunlight je. Terbukti terang dan ruang nampak luas sebab cukup cahaya then bila cukup cahaya takdelah karpet tu berbau.

Brilliant!

Masjid Khalid ni umur dia dah 102 tahun. Dibina pada tahun 1917 atas tanah yang diwakafkan oleh seorang ahli perniagaan dan dermawan. Nama dia Haji Abdul Khalid bin Haji Mohamed Tyeb. Just imagine 100 tahun dah pahala tu berjalan. Masya Allah. Bestnya. Info ni dari website Masjid Khalid.

Bila aku baca buku What's in the Name? by Ng Yew Peng aku came across Onan Road.
Onan Road : Onan is a Muslim name. It was probably named after Onan bin Rajidin from Java, who built a mosque along this road.
Ini opinion aku sendiri. Maybe Onan ni yang bina bangunan asal masjid Khalid atas tanah wakaf Haji Abdul Khalid.

See you in Singapore.

Tuesday, 27 August 2019

Part 3: Cara mencari kerja di Singapore- terjah vs cari dulu

A'uzubillahiminashaytonirrojim.
Bismillahirrohmanirrohim

Dengan harapan lari bertempiaran semua syaiton yang menghasut aku malas ni. Fuhhhhhhh

Malas betul nak menaip haih. Tapi kalau aku malas nak tulis, korang tak dapat baca pulak.

Aku ada join group facebook ni. Geng Kerja Kosong di Singapura (GKKS).


Dalam banyak-banyak group pasal cari kerja Singapore ini jelah group yang paling reliable dan berinformasi pada aku. Kadang diorang share juga kalau ada kerja kosong dekat tempat kerja diorang.

Walaupun aku dapat kerja bukan melalui group ni, tapi aku scroll juga feed dia. 

Group ni paling aktif. Banyaklah pertanyaan yang masuk setiap hari. Banyaklah juga response. 

Ada satu soalan yang paling popular dan ada satu trend jawapan yang konsisten dan tak pernah aku tengok berubah. Dah bertahun-tahun.

Soalan: 


  • SAYA NAK CARI KERJA DI SINGAPORE. SAYA NAK PERGI NAIK BAS. BOLEH BAGI IDEA TEMPAT TIDO YANG MURAH-MURAH.
  • SAYA NAK MASUK SINGAPORE MINGGU DEPAN. BOLEH BAGI TIPS NAK CARI KERJA TAK?
  • SAYA NAK MASUK SINGAPORE CARI KERJA, PATUT STAY SANA KE BALIK HARI?
Ni contoh soalan yang paling banyak newbies tanya.

Jawapan yang paling jujur dan banyak senior reply adalah seperti berikut.

  • Dah dapat kerja ke nak masuk Singapore ni?
  • Ni main terjah je ke dah dapat interview ni?
  • Jauh tu dari Kedah nak datang, carilah dulu. Nanti buang duit dan buang masa.
  • Aku cadangkan kau pi lah cari dulu google ke hapa. Lepas tu kalau dah dapat interview baru masuk.
  • Kau ni first time ke masuk Singapore nak cari kerja ni? Kau carilah dulu kat internet. Kalau first time jangan masuk saja je. Kau bukan tau  nak pergi pun. Lainlah kalau kau ada kawan yang rekemen ke.
Yang dah bertahun kerja Singapore aka senior ni rata-rata memang tak kasi masuk. Bukan pasal diorang ni jealous ke taknak korang cari kerja ke nak lemahkan semangat korang ke. Memang 100% tidaklah.

Alasan utama sebab diorang dah rasa dulu apa yang korang nak buat tu. Nak terjah cari kerja untuk first timer, adoi!  Dengan takde confident, dengan taktau tempat, dengan tak tau budaya, dengan tak fasih English. Nak terjah memang payah.

 Lagi payah sebab duit Rm100 korang tu kalau tukar cuma dapat $30 je. Berapa lama duit $30 tu boleh bertahan kalau korang kerja turun naik bas, turun naik mrt sebab salah jalan, sebab random nak cari kerja? Tak tahu area yang sesuai nak pegi? Silap haribulan sehari je habis duit tu.

Korang nak masuk Singapore mestilah alasannya korang tak cukup duit kerja kat Malaysia. Entah tak ada saving langsung. Entah ada duit lasttttttt lah ni dalam akaun tinggal RM200 nak guna cari rezeki dekat Singapore. Entah korang ni jauh Jb pun tak pernah sampai aleh-aleh sanggup naik bas sampai Larkin sebab nak masuk Singapore cari kerja.

Maka dengan berbesar hati aku memang suggest pada korang sila google dulu kerja kosong. Follow group kat atas tadi tu. Check mana medium korang nak check, jobstreet ke, instagram ke, apa-apalah. 

Bab ni aku sambung next post. Aku tunjuk camna aku cari kerja online. Keyword apa yang aku google. 

See you.





Friday, 23 August 2019

Famous Peranakan house Singapore : Koon Seng Road

Ada few area dekat Singapore yang terkenal dengan keunikan peranakan house. Tempat dia jauh antara satu sama lain. Cuma persamaannya every building and details memang superb terjaga. Kalau dia refurbish, detail tingkap, design, facade semua tip top. Bahagian luar memang standardized.

Aku panjangkan leher juga kalau ada pintu yang terbuka, memang ambil peluang nak jeling dalam rumah. Bahagian dalam pulak macam-macam rupa. Dalam dengan luar memang opposite style dia. Interior rumah itu konsep "ikut suka engkaulah rumah engkau".

Koon Seng Road (colorful nak kasi sama dengan gambar). πŸ˜†

Aku dah lama tak pergi jalan kaki cuci mata  tengok rumah peranakan. Maka aku decide nak pergi area Koon Seng Road. Area ni dah menghala ke area Changi Airport maksudnya dah keluar dari city. Jauh dari Orchard Road. Kawasan ni dekat dengan Geylang Serai. Haaaa sounds familiar kan. Aku pun naik bas berhenti dekat Geylang je then jalan kaki. Aku tak familiar area ni so agak bercelarulah berjalan sebab aku tak boleh online buka map. Tambah lagi aku datang tengahari musim panas. Tapi kalau nak datang area ni memang kena datang time matahari terpacak atas kepala. Nanti aku bagitau kenapa.

Last aku datang Koon Seng Road ni dalam tiga tahun lepas. Maka aku dah lupa aku suka ke tak suka area ni. Tu yang aku datang lagi tu. 

Apa yang famous sangat ni? Meh sini nak tunjuk.


Inilah sebenarnya bangunan yang paling famous yang jadi tourist attraction yang masuk dalam kategori "cheap travel activity in Singapore". "Free tourist attraction in Singapore". Sebenarnya dalam gambar rumah ni sangat cantik. Vibrant color. Kan. Sebab tu aku menggalakkan korang datang sini time matahari atas kepala supaya color dia nampak cantik. Kalau petang sikit memang malap kawasan ni. Bila cahaya terang memang akan memancutkan cahaya dalam gambar korang yang korang nak upload kat instagram tu.

Hakikatnya di luar gambar di depan mata, ya ampun. Buruk giler bangunan ni. Aku macam terus demotivated. Jauh kot jalan dari Joo Chiat Complex tu sesat pusing-pusing nak sampai sini then bangunan buruk. Tapi nasib baiklah aku ambil juga gambar, it turns out beautiful.

Aku tak rasa tiga tahun lepas bangunan ni buruk macam ni. Dah sampai time lah kena cat ni. Bangunan yang meriah, vibrant, colorful dalam gambar ni hakikatnya malap dan tak berseri langsung. 

Aku rate Koon Seng Road ni kawasan peranakan house yang paling corot dalam carta yang aku taknak datang lagi.

Kalau korang datang sebab nak tambah gambar instagram sebab datang melancong then oklah. Aku pulak kan a sucker of peranakan house so aku nak something perfect to my emotion, gituuuuu.


Budak- budak ni tengah record video. Memang tiap hari ada je yang ambil gambar & buat video dekat sini.

Bila aku jalan aku area ni aku noticed ada a few road yang menarik juga bangunan dia. Antara jalan tu Jalan Tembeling Road and Joo Chiat Rd. Onan Road pun ada rumah yang aku suka. Then kalau nak solat ada Masjid Khalid dekat Onan Road. 

Tapi aku warning awal, area sini korang wajib ada access dengan google map sebab jalan dia jenis panjaaaaaang. Aku cakap ada masjid dekat Onan Road tapi kalau korang masuk Onan Road dah kat tengah lorong. Kalau korang pusing kanan padahal masjid sebenarnya menghala ke kiri, aduh, sakitnya di situ. Korang pulak jalan sampai hujung jalan. Memang takkan jumpa masjid malah kamu akan sampai di daerah lain ya pak. Jadi kalau nak jalan- jalan area sini tengok kawasan siapkan map.

Ok dah habis bebel kita tengoklah gambar lain. 





Teruja tak? Gorgeous facade. Ni aku tak ingatlah jalan mana. Tapi bukan Koon Seng Road. Ni jiran kategori 40 pintu, tak jauh sangat. 




Bidai black & white ni tambah atmosphere betul kat facade rumah dia nilah. 

Habis dah expidisi pi Joo Chiat Area ni yang aku memang taknak datang lagi buat masa beberapa tahun lagi. 😜 Hahaha. Rumah sini memang menarik ( melainkan Koon Seng yang dh luntur warna cat dia tu) tapi ambience dia aku tak teruja. 

Ada few areas yang ambience dia yang bila aku jalan-jalan aku rasa WOW!!!!!  Tu post lain aku cerita.

Tata for now. 

See you in Singapore!

Thursday, 22 August 2019

Part 2 : Cara mencari kerja di Singapore

Kali ni kita cerita berapa duit korang nak siapkan untuk masuk Singapore samada untuk pergi interview atau pergi redah cari kerja kosong.

Selalunya kalau nak cari kerja atau pergi interview orang akan naik pengangkutan awam ataupun motor. Jaranglah naik kereta.

Naik pengangkutan awam - mrt dan bas

Make sure korang beli EZLink card. Make sure beli sebab inilah nyawa. Cerita pasal Ezlink Card boleh tengok sini.

Senang kalau ada card ni. Tak payah susah-susah nak cari coins nak kira duit nak bayar tambang bas tu. Lagipun kalau bagi duit kertas bukannya driver bas dapat pulangkan baki. Rugi je. Kad tambang ni pun boleh guna untuk naik train dan bas. Katalah korang salah bus stop nak turun. Patutnya turun lagi empat bus stop tapi dah turun sekarang. Senang korang tengok list bas yang lalu, selalu ada dekat board belakang seat, tahan, naik, tap kad tambang tu. 

Ok. Berapa saya nak siapkan duit dalam kad tu? Untuk hari pertama korang beli kad tu ada nilai $7 dalam dia. Paling best kalau korang pi top up at least $10 lagi. Biar korang tak gabra kalau nanti tap kad dia tulis baki kurang. Kad tu pun nanti lepas dapat kerja korang guna juga. 

Mana nak top up? Dekat mrt station tu ada mesin top up. Ikut instruction. 

Aku budget kalau kau datang semata-mata nak interview. Dah tau tempat mana nak tuju tambang tak pergi balik tak sampai $7 pun. 

Kalau pergi sebab nak redah cari kerja, hmm... $10 tu minimum kena ada. 

Tu setel bab tambang. 

Bab makan?
Cadangan ikhlas aku untuk first timer nak masuk Singapore cari kerja sila rancang masa perjalanan supaya korang dapat tapau makanan dari Jb. Setakat satu hari masuk Singapore nak pergi interview takyah lah spend duit beli makanan dekat Singapore melainkan korang memang ada extra duit. Dekat CIQ banyak jual nasi, mee goreng bagai. Beli je bawak masuk Singapore. Takpun belilah roti Gardenia kesukaan ramai tu. Buat alas perut. Balik Jb kang makan lah.

Kalau naik motor macamana? 

Samalah. Setakat makan tu takyahlah spend duit kat Singapore. Balik JB baru makan. Plan dulu masa makan sebelum pergi.  Bab tambang tu pulak korang nanti kena beli kad autopass dekat imigresen Singapore. Macam kad touch & go lah konsep dia.

Untuk kebahagiaan sejagat aku cadangkan korang sediakan $50 untuk first masuk cari kerja ni. Rate semasa aku taip ni dalam RM150. Itu untuk kebahagiaan sejagat... aku tau kos sebenar memang kurang dari tu.

Aku ni cakap dari pengalaman. Time aku cari kerja dulu, aku akan naik bas/mrt stop dekat satu kawasan contohnya Bugis. Tambang mrt/ bas average $1 jer. Then aku jalan merata tanya vacancy dekat banyak kedai dan menghabiskan masa dengan sia-sia sebab aku tak dapat kerja. Bahahahaha.

Aku pun ada jumpa budak ni dekat Changi airport muka serabut. Bila aku melintas diorang pun datang dekat aku "kak tumpang tanya, saya nak pergi tempat ni tapi tak jumpa pun". "ada apa kat sini". "ada interview".

Dah sudahhhh. Aku ni soft spot sikit bab orang nak carik keja datang dari Johor sebab aku dah pernah rasa kan. Aku beria google location alamat dia. Rupanya dekat sebelah bangunan tapi konsep dia nak jalan jauh sangat. Nak naik bas tak lalu sebab dekat sangat. haih. Aku pun tak reti so aku aku tanyakan driver bas mintak tolong. Driver tu kata dia akan berhenti dekat bus stop yang paling hampir. Aku pun nampak budak-budak tu kalut nak bayar pakai cash.  That's why aku suggest korang beli EZLink tu siap-siap.




























Friday, 16 August 2019

Part 1 : Cara Mencari Kerja di Singapore.



Kenapa nak kerja Singapore? 

Hi bakal pemburu SGD sekalian.  Aku terlupa pasal topik ni sampailah kawan aku cakap.

“Kau patut tulis topik cari kerja nilah sebab ramai orang nak tahu”.

Aku dah tiga kali kerja dekat Singapore.  Jadi adalah pengalaman nak share.  Senang cari kerja? Tak juga. Susah cari kerja? Susahlah jugak πŸ˜‚

Jadi soalannya : Kenapa nak kerja Singapore?
Jawapannya : Pasal gaji lah!



Aku masuk Singapura bukan sebagai profesional worker. Tak guna Education qualification pun. Bab ni korang jangan risau sebab gaji kali 3 kan. (disclaimer: pada masa aku tulis ni 1sgd =3rm.) Guna SPM je dapat gaji 5000 rm dah. 

Pengalaman pertama aku cari kerja memang stress. Sebab first time. Tak tau nak pergi mana. Self confident pun takde. Sebab dekat JB kita dah tau kita nak cari kerja apa, pergi mana, guna sijil apa. Pergi Singapore nak downgrade guna SPM kerja biasa-biasa yang aku pun tak tau apa kerja "biasa-biasa" yang aku boleh buat.
.

First kerja aku kerja cafe. Swedish cafe. Aku tengok website and contact owner directly. I mean for this cafe, lepas aku kerja aku nampak ada orang walk in minta kerja. Untuk kes aku, aku ikut website and directly contact owner dan dapat interview appointment date. So yang interview aku bos besar bukan manager cafe.

Bos besar = owner.
Manager = staff yang owner hire untuk manage the cafe dan kerja sama-sama dengan kau.

Tips: First impression tu penting guys. Kerja aku dekat Jb memang jumpa orang, berbual, menjual hari-hari. Pergi interview pun banyak kali jadi bab jumpa orang ni aku dah takde lah gabra sebab dah biasa. Tapi berdebar sebab kerja. Get what i mean? Aku ada skill nak puji orang depan aku, nak small chat kejap, nak kasi dia melambung sikit. Tu tak nervous. Tapi aku nervouslah pasal aku mintak kerja ni dapat ke tak. Ha camtulah.

To cut the story short time interview tu dia tanya mintak gaji berapa? Aku pun memang dah tulis dekat form $1500 jadi aku cakap $1500 lah. So dia bagi gaji tu dan start kerja the next week. Itu aku memang guna skill bual-bual dulu.

Few weeks later, ada sorang ni interview sama job scope dengan aku. Interview dengan manager. Aku pun kepoh tanya manager berapa dia kasi gaji? $1200. Ehh. Singaporean tau budak tu. Makanya first impression tu penting. Rezeki pun besar peranan dia.

Baiklah sebagai pembakar semangat. Aku kerja waitress jer. Dapat gaji $1500 x 3 = RM 4500.  Hehe time aku kerja bank & kerja marketing, gaji RM 1500. Kerja dekat cafe confirm makan free, meal provided. Tukang masak dia orang Filipina, dia masak memang ya ampun sedap gils! #halalfood lah.


Second kerja aku jadi florist dekat kedai bunga. Ni ala-ala dream job. Aku memang specifically cari kerja kedai bunga sebab nak pandai gubah bunga. Ni cari online. Tak pergi kedai pun. Semua aku whatsapp. Ramai nak experience pandai gubah bunga which is aku memang tak reti. So tak dapatlah kerja. Aku pun ada guna instagram. Sebab aim aku nak belajar gubah bunga yang bukan traditional boring design. Tapi banyak kedai mat saleh ada anjing dalam kedai dia. Thanks to instagram aku boleh stalk. One point bila tak dapat kerja, alah boleh lah kerja kedai ada anjing pun. Boleh samak. Then nampak gambar baru dekat instagram anjing tu ikut dekat driver seat buat delivery bunga. Mak ai! Tu melampau! Hahahahah Aku imagine terpaksa selak- selak bulu anjing yang gebu tu bila dia menempel duduk atas peha aku. Oh memang taklah.

Cari lagi dekat fb. Nampak satu kedai ni buat kedat rumah tapi na cari helper. Design dia pun aku suka. Dia banyak gubah bunga untuk events that's why banyak masa gubah dekat rumah untuk hand bouquet sebab kalau for events kan kita set up terus dekat events. Then aku pun stalk. Stalk punye stalk nampak gambar kucing. Ni boleh lah ni sebab dia ni sayang kucing. Kalau orang yang sayang kucing, confirm hubungan dia dengan human pun bagus. Lepas tu nampak gambar dia ambil dia adopt pet baru. Guess what? Anjing.  Haish apasal suka benar. Lagi buat aku tak akan minta kerja sebab anjing dia tu jenis yang kulit je takde bulu. Ya Allah . Lagi geli nak pegang kulit anjing kedut-kedut tu. Dahhh takde kerja lagi aku nih.

Then aku try whatsapp kedai lain. Manager kedai ni reply. Suruh datang isi form. Bila isi form dia briefing lah pasal florist ni. Nampak senang tapi tak senang, kene gubah bunga tapi kalau zero knowledge pun takpe sebab dia akan ajar sampai pandai. Tingggg itu isi penting dia. Zero knowledge. Dia ajar. Actually florist ni retail chain. Bukan favourite aku sebab design traditional tapi takde choice lah sebab ini je yang bagi aku peluang. Dia cakap nanti dia set date untuk interview dengan boss. Haishh tak tentu dapat lah ni. Punahlah harapan nak jadi florist.

Bila aku pergi interview dengan bos, aku dah takde confident sebab entah aku kan takde pengalaman gubah bunga. Tapi aku nak jugak kerja gubah bunga ni. Bila dia tanya ada cari kerja lain lagi? Aku reply jujur  ada tapi tak dapat. Muka sedih. Kerja apa apply? Semua florist sebab aku memang nak jadi florist aku jawab. Oklah. U boleh start kerja. EcehhhhhhhπŸ’šDapat kerja lah!!!!

Nak gaji berapa dia tanya. Aku takut aku tak dapat kerja kalau mintak gaji mahal. So aku muka tempeh jawab berapa-berapa lah. Sebab aku tau aku takde experience. $800 jelah aku cakap. 

"HAHAHAHAHA" πŸ‘ˆ Itu jawapan bos. 

Mana ada salary macam tu dia kata. Singapore tak sama dengan Jb. Sikit sangat gaji tu. Saya bagi $1500 lah. Kalau confirm $1600.  Wahhh hahahahah sekarang aku pulak yang gelak. 

Ok guys. Ini pembakar semangat no 2 ye.

Third kerja aku station dekat Changi Airport. Retail outlet. Changi airport tu pun dream workplace aku. Yang ni takyah cerita banyak. Gaji aku $1700. Kedai jual travel items and books. $1700x3 = RM5100 . 

Jadi kenapa nak kerja Singapore? Selain dari currency rate yang tinggi salary rate pun tinggi juga. Kalau kerja retail outlet dekat Malaysia contohnya aku pernah kerja dekat MP*. Gaji executive RM1700 / RM1800. Masa dekat Singapore gaji floor staff pun $1700. Itu aku yang Malaysian. Gaji aku kira sikit sebab company kene bayar levi setiap bulan dalam $500-700 pada goverment so gaji bagi sikit. Kawan aku yang PR / Singaporean untuk jawatan sama diotang dapat $2200. Executive level dapat $4000. Kat Malaysia executive level pun baru RM1800. 

Bos kedai bunga aku pun cakap saya tak dapat bagi gaji awak tinggi lagi sebab saya kena bayar levi tinggi. Pada aku gaji aku dah banyaklah tu.

Masa aku kerja cafe gaji budak part-time sejam $8. Kalau weekend $10 sejam. Aku tengok gaji part-time kat fast food Jb ni, alahai nangis.

Dahlah. Cukup dulu untuk bakar hati korang nak dapat gaji Singapore Dollar.

Next post aku cerita pengalaman aku campur dengan pengalaman kawan-kawan aku macam mana diorang cari kerja. Main redah ke, email ke,  masuk Singapore baru cari ke, atau cari dulu dari internet baru pergi Singapore?

SEE YOU NEXT POST!


Wednesday, 14 August 2019

Gambar wajib selfie bila berkunjung ke Orchard Road Singapore

Sejak zaman instagram ni, semua nak di-instagram-kan nya. 

Jumpa cermin toilet pun siap ada #toiletselfies.

Jumpa kopi pun ada #coffeeselfie. 

Then kalau pergi Orchard Road, nak ambil gambar apa?

Chanel? Gucci? Huh lame.

Lampu Christmas? Eh tu kalau December boleh lah. 

Ok. Kalau dah sampai Orchard kita wajibul ghunnah selfie dengan icon Orchard 

                                                  πŸ‘‡  πŸ‘‡ πŸ‘‡ 


Ada gambar ni. Barulah confirm kita dah sampai Orchard Road!

Semua ice cream macam-macam flavour harga $1.20.

Boleh pilih nak ice cream kepit roti atau nak ice cream kepit biskut macam tu.

Selamat berselfie.

Tuesday, 13 August 2019

Pilihan makanan halal di Chinatown Singapore.

Manusia dan makanan tak dapat dipisahkan. Pakcik aku cakap haritu, kalau dia pergi Korea matilah dia. Alasan kukuh sebab tekak dia tak boleh telan makanan yang agak mencabar seperti korean food.

Jangan cerita jauh sampai Korea, pergi Chinatown Singapore pun ada orang Singapore yang taknak pergi sebab takut kelaparan takde makanan yang halal. lol

Sebut Chinatown orang fikir menu grilled pork in oyster sauce, garlic ginger pork mince atau pun nasi ayam di mana ayam itu hanya dicucuk lehernya maka dia tidaklah boleh dimakan oleh umat Islam secara khususnya. Oh ada lagi noodle in blood broth soup.

Yewww dah. Cukup. Cukup.

Aku faham apa yang ada di dalam fikiran korang. Jadi kali ni aku pergi Chinatown semata-mata nak tunjuk dekat mana nak makan. Setiap kali aku pergi Chinatown ni cuaca memang panas terik. Belum sekali pun hujan. Alhamdulilla. Memang cantik untuk ambil gambar tapi tulah, selain dari aku akan five shades darker, aku pun akan kehausan tak boleh bincang.

Kalau setakat haus. Relax jer. 7 Eleven ada. Sebaris dengan Masjid Jamae Chulia, Sri Mariamman Temple dan Buddha Tooth Relic temple. Terletak di jalan besar nama dia South Bridge Rd.


 Tempat beribadat ni tiga landmark utama dekat Chinatown. Senang nak cerita biar korang boleh imagine direction nak pergi mana. 

Memang turutan dia dari kanan masjid - tepi lorong Mosque St.
Tengah kuil hindu - di antara lorong Pagoda St dan Temple St.
Paling kiri kuil buddha - tepi lorong Sago St.

First restoran halal ada betul-betul sebelah Masjid Jamae.  

TAJ AUTHENTIC INDIAN CUISINE



Ini indian food. Chapati, kari, puri. Kalau nak makan relax dalam aircond, makan sini jelah.

Restoran ni share dinding masjid. Korang takkan tak jumpa punya. Tak caya tengok ni.


Next is in Maxwell Food Centre. Mana direction nak pergi?

Pergi ke arah Buddha Tooth Relic Temple. Korang takyah lintas dulu. Sebab attraction ada pada area kuil dan masjid ni. Dekat temple ada lampu isyarat boleh lintas jalan.

Jalan ke kanan. Korang akan tinggalkan temple di belakang macam gambar kat bawah ni.


Lintas jalan, jangan tak lintas.

Jalan sikit.

Sikit lagi.

Ok sampai.

MAXWELL FOOD CENTRE


Apa ada kat sini? Masuk pintu ni semua non halal section. Pusing kanan. Area tepi jalan besar ada section halal. Hujung corner kedai diorang ni.

Ada mamak food ( in singapore they call it MAMA not mamak). Local akan cakap nak beli apa eh pat(dekat) sana? Nak beli mee goreng mama lah. Kalau takde, rojak mama pun boleh. Haaa camtulah.







Malay food pun ada. Lontong, nasi, mee siam Singapore. Tapi kedai yang ni lebih pada breakfast dan lunch. Time aku datang ni dalam pukul 4pm. Tutup dah. Tapi fret not, ada lagi kedai lain yang korang boleh makan. 

Lagi satu tak advisable kalau korang nak datang malam jalan-jalan dekat Chinatown sebab takde yang menarik. So kalau pagi dan tengahari tu meriah lah food centre ni. Lunch time ramai penuh giler. Office keliling. So kene serbu. Avoid lah lunch time. Korang ni pun kan tengah melancong. Bila- bila boleh makan. 

Food centre ni jauh sikit ye nak jalan tapi pilihan tu macam-macam lagipun halal. Tu focusnya. Cuma kalau malas jalan jauh pergi je restoran sebelah masjid tu.

Ok. That's all cerita pasal kedai makanan halal di Chinatown Singapore.