All right. Perasan hotel bentuk sampan dekat tingkat paling atas yang ada infinity pool overlooking Singapore city? Hah Gardens By The Bay ni ada dekat belakang dia.
Area ni jauh dari hiruk-pikuk Orchard Road. Kena inform benda ni awal-awal. Area ni takde kena-mengena dengan Orchard Road.
Kawasan ni dekat dengan Merlion, singa berdiri yang keluar air dari mulut. Dekat juga dengan Esplanade, bangunan bentuk durian.
https://www.google.com/maps/@1.2846042,103.8584892,17.75z
Dekat tidak membawa maksud jalan keluar bangunan belah kiri sampai Merlion. Jalan sikit dua minit sampai Esplanade.
Nehi. Nehi.
Dalam satu daerah. Boleh nampak satu sama lain. Tapi nak jalan boleh tahan lah jauhnya. Nak naik Grab macam kelakar pulak sebab tak sempat driver tu tarik nafas kali ke lima dah sampai.
Ok balik pada cerita berbaloi ke pergi Gardens By The Bay?
Berbaloi!
Pada aku berbaloi sebab area tu (vicinity of MBS. Merlion and Promenade) kau boleh spend masa sehari. Berbaloi pada aku lebih pada aktivity menyeluruh kawasan tu.
Harga pula agak tercekik juga wallet. Untuk dua entrance : Flower Dome dan Cloud Forest aku bayar lebih kurang $50 mengikut harga pelancong. Menarik bukan? Rate semasa kena kali tiga maka total harga lebih kurang RM 150.
Walaubagaimanapun presentation di dalam adalah sangat WOW! At least seumur hidup kalau dah pergi Singapore banyak kali, masuklah sekali. Menurut makcik aku yang hobinya adalah masuk Gardens By The Bay secara berskala, bunga-bunga dan decoration ditukar mengikut musim.
Ada musim tulip. Ha tu dia punya favourite. Masa aku masuk sebab musim national day maka ada decoration bertemakan national day. Kalau dah national day Singapore wajiblah ada segment bunga orkid sebab tu bunga kebangsaan.
Banyak jenis bunga orkid. Geram sebab pokok tu semua diorang jaga kemain bagus jadi berkembang cantik dan color vibrant.
Aku masuk Cloud Forest juga. Ini unik dan menarik sebab ada banyak jenis hutan kat dalam ni. Ikut ketinggian lah kononnya. Impressive juga. Siap ada air terjun yang instagrammer suka ambik gambar.
Kalau compare antara dua, aku lebih suka Flower Dome. Colorful tengok bunga.
Bila masa yang sesuai nak datang Gardens By The Bay?
Aku masuk pukul 1 tengahari dah keluar pukul 6:30 petang. Hahahahah lama betulkan. Apakah kegilaan ini. Maka aku mampu berikan jawapan.
a) Kalau kau datang sebelum awal seawal Garden By The Bay buka pukul 9am sebelum pukul 2 petang tak ramai orang. Aku datang pukul 1 tengahari lapang, tak sesak. Bila beli tiket kita dapat tiket, gelang yang lilit kat tangan dan dia cop jugak kat tangan. Unlimited access in a day. Samada kau tunjuk tiket nak scan atau tunjuk cop kat tangan, setel.
Aku siap keluar solat dan lunch. Then masuk balik. Kalau nak tau bilik solat kat mana, baca sini. Aku keluar dalam pukul 3:30pm dan masuk balik pukul 4:30pm. Bila masuk balik oh oh rupanya the crowds dah mula penuh. Keluar tadi lengang. Masuk balik serabut. Penuh.
Kalau nak have own sweet time, nak ambil gambar senang tak payah tunggu turn, datanglah awal sebelum 2 petang.
b) Pendapat aku yang kedua. Kalau nak tengok two in one, datanglah lewat dalam pukul 5 petang. Kau boleh tengok dalam dome tu masa ada cahaya matahari dan malamnya dengan cahaya lampu. Tapi itulah, ramai. Malas aku jalan kiri kanan penuh orang.
Lagi yang bestnya, depan The Shoppes at Marina Bay Sands ada Light & Water Show pukul 8 malam dan 9:30 malam.
Jadi kalau datang pukul 5petang tu korang boleh lah menikmati persembahan lampu di malam hari dia bawah cahaya matahari.
Apapun pendapat saya keputusan di tangan anda! Merdeka!
No comments:
Post a Comment