Friday, 8 March 2019
MILLY & MAMET movie review.
Eh seriouslah, Sis follow instagram pengarah dia lama kot. So dah follow since day one diorang shooting filem ni. Maka berkobar-kobar nak tengok.
Ini filem Indonesia.
Dalam sejarah i hit the panggung hari pertama ditayangkan dekat Malaysia. Tak menyesal. Selalu azam je lebih nak tengok tapi sampai habis pun tak pergi.
Basically ini cerita kelakar. Tapi ada scene sis ternangis. Menikam hempedu jugak. Even banyak lawak yang geram sebab bila sis dengar/ tengok ketawa berdekah-dekah sambil cakap pelan-pelan "vodoh taw!!"
Basically Milly dan Mamet ni orang yang sama. Character yang sama dalam ADA APA DENGAN CINTA.
Bila reunion, fall in love, kahwin.
Mamet suka masak. Masak sedap.
Mamet tak ngam dengan ayah Milly. Pada masa yang sama Mamet jadi pengurus dekat kilang bapak Milly.
Ada conflict, Mamet resign. Jumpa kawan lama. Pursue interest dia jadi chef.
Masa ini lah start isu-isu kekeluargaan, trust, honor pun keluar satu-satu. Movie ni bukan cuma lawak semata-mata. Ada nilai-nilai yang memang bagus dia highlight. Something simple yang kita boleh belajar.
Santai, kelakar tapi banyak manfaat.
Kalau AADC tagline dia
"Apa yang kamu lakukan pada saya itu, jahat".
Milly & Mamet pulak
"Apa yang kamu lakukan pada saya itu, Jahit".
Hahahha gerammm je aku baca. Kreatif.
Directed by Ernest Prakasa dibantu oleh wife dia Meira Anastasia.
Wednesday, 6 March 2019
Lempeng kelapa Warong 60'an, Kampung Pasir Johor.
Mama tanya.
"Besok awak ada keje tak? Kita pegi makan lempeng kelapa tu nak?!"
Tu sebenarnya pertanyaan sekali dengan cadangan. 😝
Boleh saja!!
Aku pun tanya abang aku macamana nak pergi. Sebab aku memang tak pernah sampai.
Warong lempeng ni lokasi dia dekat Kampung Pasir. Opposite Angsana Mall, mall yang menjadi pujaan hati orang Singapore.
Kalau dari area Senai/Skudai kena buat u-turn dekat traffic light Angsana. Lepas pusing menghala balik ke arah Senai/Skudai terus keep left je.
Kalau dari kawasan JB lalu je tepi Angsana tu start keep left.
Korang akan masuk simpang kiri betul-betul dekat stesyen minyak BHP. Color oren menyala. Jangan sampai tak nampak.
Then drive je lah straight ikut lorong tu sampai nampak warung dekat first junction. Sebelum junction tu belah kanan ada tanah lapang boleh parking kereta.
Kenapa nama dia warung 60'an? Sebab memang dia bukak lagu lama-lama je. Pop yehyeh, lagu omputih zaman dulu-dulu yang lapang je telinga kau masa makan dengar lagu mendayu-dayu tu.
"Besok awak ada keje tak? Kita pegi makan lempeng kelapa tu nak?!"
Tu sebenarnya pertanyaan sekali dengan cadangan. 😝
Boleh saja!!
Aku pun tanya abang aku macamana nak pergi. Sebab aku memang tak pernah sampai.
Warong lempeng ni lokasi dia dekat Kampung Pasir. Opposite Angsana Mall, mall yang menjadi pujaan hati orang Singapore.
Kalau dari area Senai/Skudai kena buat u-turn dekat traffic light Angsana. Lepas pusing menghala balik ke arah Senai/Skudai terus keep left je.
Kalau dari kawasan JB lalu je tepi Angsana tu start keep left.
Korang akan masuk simpang kiri betul-betul dekat stesyen minyak BHP. Color oren menyala. Jangan sampai tak nampak.
Then drive je lah straight ikut lorong tu sampai nampak warung dekat first junction. Sebelum junction tu belah kanan ada tanah lapang boleh parking kereta.
Kenapa nama dia warung 60'an? Sebab memang dia bukak lagu lama-lama je. Pop yehyeh, lagu omputih zaman dulu-dulu yang lapang je telinga kau masa makan dengar lagu mendayu-dayu tu.
Tuuuudiaaa!
Lempeng kelapa lawan asam pedas ikan sembilang.
Tu dah tulis secara besar-besaran. Jumaat tak bukak. Start 7 in the morning sampai 12 tengahari.
Konsep early lunch. Sebab aku datang pukul 9 tu hari dah ada orang makan nasi juga.
Aku first time datang maka terpinga-pinga masa sampai tu. Waitress dia dah sibuk orang sana panggil orang sini panggil. Rupa-rupanya macam gini kalau nak makan kat sini.
Ada dua kaunter utama. Kaunter lempeng vs kaunter asam pedas / lauk / kuih-muih.
Pegi sini ambil sendiri berapa keping lempeng hampa nak makan. Self service.
Lepas tu carik kuah asam pedas pulak nak cicah.
👇
Boleh juga kalau korang ambil kuah dulu baru ambil lempeng. Ikut keadaan traffic lah. Kaunter yang tak sesak korang pergi dulu.
Aku tak nak ikan. Aku mintak kuah asam pedah je. Pun boleh suka hati kau ah. Takdenye dia paksa jugak kau makan kepala ikan sembilang tu!
Kitorang kalau pergi makan meja takdelah meriah sangat. Style penuh meja siap ada nasi tambah, kuih opening ceremony, kuih penutup acara, air extra cawan. Takde. Takde. Kitorang kalau makan memang wasatiah. Bersederhana. ahaks!
Sejak aku concern pasal gula ni, memang kalau bawak budak-budak tak akan order air sorang satu. Share je air kalau air tu air manis. Discuss nak air apa then decide. Hari ni order teh tarik sebab aku pun teringin. Bahahahaha jadi teh tarik menang. Kalau nak air sorang satu aku order ais kosong. Yang tu boleh sorang satu.
Lempeng kelapa 4pcs.
Kuah asam pedas
Sambal.
Teh tarik
Teh O.
Semua tu rm6.50. Aku rasa kuah and sambal tu tak caj langsung kan. Bayar lempeng dan air je lah. Lempeng dia jenih smooth texture. Korang tak boleh rasa kelapa sebutir-sebutir kasar-kasar. Rasa lemak sikit. Cicah pulak kuah asam pedas. Sedap. Aku curah je kuah tu atas lempeng. Tak done nak cicah.
Pagi besok korang pegi lah.
Diorang ada jugak nasi dagang, pulut di raja, cendol.
Tuesday, 5 March 2019
Makan martabak dekat restoran Zam Zam Singapore.
Aku dari dalam bas dah teringin pulak nak makan bihun goreng. Jadi aku order bihun gorenglah. Kawan aku dari jauh dia nampak air kathira maka air kathira di dalam genggaman. Cuma bab nak pilih makan agak confuse di situ. Akhirnya beliau memilih martabak.
ZamZam ni memang famous dengan martabak dia. Diorang claim "the best martabak in Singapore".
Sini i nak bagi komen kasih sayang in case korang wonder camna rasa dia.
Martabak tu memang consistent rasa dia dari dulu lagi. Dryness level pun konsisten. Memang dia style kering. Kalau korang mengidamkan martabak lembap, moist dan lembut, bukan di sini tempatnya mbak. Kuah kari dia sedap. Pekat. Bukan dalca. Bukan kari ikan mahupun daging. Apa ntah. Cuma dia memang a nice combination dengan si martabak itu tadi. Kalau makan martabak sahaja, tak sedap. Kalau curah kari atas martabak terus jadi sedap.
Bihun goreng tu pulak biasa je rasa dia. Aku pernah makan yang lebih sedap. Tapi portion pemurah ye. Banyak. Tak habis aku makan. Kalau korang dah tour jalan keliling, dah lapar tahap rusa, bolehlah terus datang sini makan.
Ohh berbalik pada kisah rusa, ZamZam memang ada jual biryani rusa. Martabak rusa pun ada! Satu pek rusa tu aku baca situ dia tulis $12. Mahal sikitlah. Tapi rusa kot. Bukan senang dapat.
Seterusnya kita beralih kepada air of the table iaitu katira. Sedap. Tak manis tak tawar. Just nice. Minum sejuk dengan ais, amboi. Macam nak lagi air tu sekarang ni.
Semua yang ada atas meja tu cuma $11.50.
Katira $2.00
Bihun $4.50
Martabak $5.00
Keluar dari kedai perut terlebih penuh. Kena berjalan balik pergi mrt station rasa punyalah jauh. Tak sampai-sampai. Padahal tak adalah jauh mana pun.
Dari JB ke Singapore naik bas (part two)
Wah paling popular post pegi Singapore naik bas. Disebabkan ramai rupanya nak tahu, lebih 10k yang dah baca aku tetiber feeling blogger taraf Cik Epal. Confirm lepas ni pakai Mustang kuning jugak.
Post tu, boleh baca sini, PART ONE, belum outdated lagi. Tambang bas masih lagi sama. Tapi adalah sikit lain macam no bas. 😀
Semalam aku masuk Singapore secara santai jadi snap lah satu banner buat tatapan semua. Check no bas ye. Ini penting bila dari Tuas Checkpont untuk ke destinasi pilihan. Tak applicable sangat dari CIQ pergi Tuas Checkpoint sebab semua bas memang akan pergi Tuas Checkpoint.
CIQ tu tempat cop passport kat Johor. Immigration Gelang Patah.
Tuas Checkpoint tu tempat cop passport dekat Singapore. Immigration Singapore.
Post tu, boleh baca sini, PART ONE, belum outdated lagi. Tambang bas masih lagi sama. Tapi adalah sikit lain macam no bas. 😀
Semalam aku masuk Singapore secara santai jadi snap lah satu banner buat tatapan semua. Check no bas ye. Ini penting bila dari Tuas Checkpont untuk ke destinasi pilihan. Tak applicable sangat dari CIQ pergi Tuas Checkpoint sebab semua bas memang akan pergi Tuas Checkpoint.
CIQ tu tempat cop passport kat Johor. Immigration Gelang Patah.
Tuas Checkpoint tu tempat cop passport dekat Singapore. Immigration Singapore.
CW3/ CW4/ CW4S- akan pergi stesen Jurong East.
CW6- akan pergi stesen Boon Lay
CW7- akan pergi Tuas Link. Ni industrial area.
Apa jadi kalau kita dah beli tiket nak pergi Jurong East. Lepas tu bas pulak lambat datang. Ahh malas tunggulah, Nak naik bas pergi Boon Lay je. Boleh. Bayarlah tiket lain dalam bas tu nanti.
Sebab bas memang akan turunkan penumpang dekat stesen mrt so korang boleh je naik mrt lepas tu.
Tu cerita dari Jb nak pergi Singapore. Sekarang nak cerita dari Singapore balik Jb. Ni penting sebab nak cerita pasal time. Ingat, nak keluar masuk Singapore paling penting ialah timing. Kalau nak balik dari Singapore, nak tunggu bas kuning ni dekat Jurong East Station. Sama tempat dengan Jurong Mrt Station. Train atas, bas bawah.
Masa yang paling TIDAK afdol ialah pukul 10pm. Sebab time tu pekerja retail dah tutup kedai. Time balik dah diorang tu. Penuh sesak beratur panjang dah tu. Bas pun sendat. Tak payahlah. Penat weh nak berdiri tahu! Time yang paling bagus start dari 8pm dah ada dekat Jurong beratur tunggu bas. 8pm-9.15pm tu kira tempoh bertenang sebelum ribut orang balik kerja.
Hari tu aku sampai Jurong tunggu bas pukul 8:30pm. Sampai Perling pukul 11.30pm. Maka kau bayangkanlah kalau kau lewat sikiiiit, berapa lewat bnyaaaak akan kau jejakkan kaki dekat Johor. Itupun bila dah dekat tepi Perling Mall nasiblah aku tanya driver, " masuk Perling tak Bang?" "Tak! Trip abang sdah habis ni!" Ya ampun. Aku berhentilah tepi jalan. Laju-laju lompat bas. Tempat yang confirm berhenti ialah dekat Aeon Bukit Indah. Jadi lain kali kalau korang naik bas dah malam tanya atau inform awal-awal ye!
Ok. I hope it helps. See u in Singapore.
Friday, 1 March 2019
Kluang Rail Coffee
I already had my bulletproof coffee that morning. Never felt that healthy. Kahhh. Bulletproof kopi tu dia penuh dengan fat. Good fat. Healthy fat. Not only i put in a dollop of pure expensive butter, i also stir in VCO. Bila badan kita disumbatkan dengan high healthy fat, tahan lamalah dari anasir kelaparan. I decided to do inntermittent fasting until five or six petang nanti. Ok health department sorted out.
Lepas tu aku baca wasap. Syafa, my property business buddy, ajak pi Kluang. Kene inspect rumah kata dia.
Maka to Kluang we go!
Inspect rumah siap.
Aku kata jom pi Stesen Keretapi. Minum jap. Sebab dah lunch time pun. Railway Coffee tu ada dua cawangan. Satu moden sikit style restoran. Aku nak jugak pegi dekat stesen keretapi. Nak jugak yang old fashion.
Pusing bandar Kluang tu entah berapa kali. Benci aku. Sebab dia one way. Kalau salah jalan kena pusing satu big round lagi.
Tu kedai dia.
Dia bersambung dengan stesen keretapi Kluang.
Hah. Yang ni Syafa. Gembira kan. Tadi dia inspect rumah pun tak segembira ini.
Aku suka sebab bersih. Staff pun ramai. Time ni lengang even lunch hour sebab weekday mungkin. Atau pun semua oang pakat pegi branch lagi satu. Kalau weekend ni tepu. Ramai. Sesak.
Start dari Tol Ayer Hitam menuju ke Kluang, tekak aku dah decide sendiri bagi pihak dia. Teringin nasi lemak dekat ketapi lah. Ok. Tu je lah. Jadi bila sampai aku memang terus ai nasik lemak satu bungkus. Mini size je dia jual.
Sedap. Rasa lemak nasi tu. Sambal je sikit sangat. Telur takde, Ikan bilis sekor. Yelah Rm1.10 je kot. Lepas tu order teh o kosong. No sugar.
Then i thought. Damn, I already in Kluang. Not everyday will i come here. Makannnn jelah. Hahahhaha. Maka aku pun order lah ikut sedap mata. Mula-mula order rojak tauhu sebab nampak dekat kaunter.
Lepas tu nampak pulak Laksa Johor. Alamak. Ini rare ni. Order jugak.
Kuah kacang pada Rojak Tauhu tu sedap weh.
Laksa Johor tu biasa je lah pada aku. Sebab dedaunan dia takde. Takde lah rasa daun kesum, daun salasih dan bunga kantan tu semua. Jadi tak kick.
Ni bill dia. Semeja itu rm15.15 jer.
Yang paling aku suka Kluang Rail Coffee ni ambience dia. Berangin je sebab dia atas bukit. Bab bersih pun awesome. Staff ramai jadi kebarangkalian angkat tangan tapi waiter tak sepat layan tu rendah.
Nak pegi lagi tak? NAK!!!
Tapi dah takyah lah order banyak camtu lagi. Lagipun lepas ni nanti banyak kali lagi nak datang sini inspect rumah lain pulak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ramai tanya macamana nak pegi Singapore kalau taknak drive? Kitorang ni backpack je. Ada pulak yang cakap kitorang ni nak pergi balik hari j...
-
Inilah rupa bentuk Ezlink Card tu. Boleh guna untuk bayar tambang tren mrt dan bas di Singapura. Kalau korang nak pergi USS, naik monorai...