"Besok awak ada keje tak? Kita pegi makan lempeng kelapa tu nak?!"
Tu sebenarnya pertanyaan sekali dengan cadangan. 😝
Boleh saja!!
Aku pun tanya abang aku macamana nak pergi. Sebab aku memang tak pernah sampai.
Warong lempeng ni lokasi dia dekat Kampung Pasir. Opposite Angsana Mall, mall yang menjadi pujaan hati orang Singapore.
Kalau dari area Senai/Skudai kena buat u-turn dekat traffic light Angsana. Lepas pusing menghala balik ke arah Senai/Skudai terus keep left je.
Kalau dari kawasan JB lalu je tepi Angsana tu start keep left.
Korang akan masuk simpang kiri betul-betul dekat stesyen minyak BHP. Color oren menyala. Jangan sampai tak nampak.
Then drive je lah straight ikut lorong tu sampai nampak warung dekat first junction. Sebelum junction tu belah kanan ada tanah lapang boleh parking kereta.
Kenapa nama dia warung 60'an? Sebab memang dia bukak lagu lama-lama je. Pop yehyeh, lagu omputih zaman dulu-dulu yang lapang je telinga kau masa makan dengar lagu mendayu-dayu tu.
Tuuuudiaaa!
Lempeng kelapa lawan asam pedas ikan sembilang.
Tu dah tulis secara besar-besaran. Jumaat tak bukak. Start 7 in the morning sampai 12 tengahari.
Konsep early lunch. Sebab aku datang pukul 9 tu hari dah ada orang makan nasi juga.
Aku first time datang maka terpinga-pinga masa sampai tu. Waitress dia dah sibuk orang sana panggil orang sini panggil. Rupa-rupanya macam gini kalau nak makan kat sini.
Ada dua kaunter utama. Kaunter lempeng vs kaunter asam pedas / lauk / kuih-muih.
Pegi sini ambil sendiri berapa keping lempeng hampa nak makan. Self service.
Lepas tu carik kuah asam pedas pulak nak cicah.
👇
Boleh juga kalau korang ambil kuah dulu baru ambil lempeng. Ikut keadaan traffic lah. Kaunter yang tak sesak korang pergi dulu.
Aku tak nak ikan. Aku mintak kuah asam pedah je. Pun boleh suka hati kau ah. Takdenye dia paksa jugak kau makan kepala ikan sembilang tu!
Kitorang kalau pergi makan meja takdelah meriah sangat. Style penuh meja siap ada nasi tambah, kuih opening ceremony, kuih penutup acara, air extra cawan. Takde. Takde. Kitorang kalau makan memang wasatiah. Bersederhana. ahaks!
Sejak aku concern pasal gula ni, memang kalau bawak budak-budak tak akan order air sorang satu. Share je air kalau air tu air manis. Discuss nak air apa then decide. Hari ni order teh tarik sebab aku pun teringin. Bahahahaha jadi teh tarik menang. Kalau nak air sorang satu aku order ais kosong. Yang tu boleh sorang satu.
Lempeng kelapa 4pcs.
Kuah asam pedas
Sambal.
Teh tarik
Teh O.
Semua tu rm6.50. Aku rasa kuah and sambal tu tak caj langsung kan. Bayar lempeng dan air je lah. Lempeng dia jenih smooth texture. Korang tak boleh rasa kelapa sebutir-sebutir kasar-kasar. Rasa lemak sikit. Cicah pulak kuah asam pedas. Sedap. Aku curah je kuah tu atas lempeng. Tak done nak cicah.
Pagi besok korang pegi lah.
Diorang ada jugak nasi dagang, pulut di raja, cendol.
No comments:
Post a Comment