Tuesday, 5 March 2019

Makan martabak dekat restoran Zam Zam Singapore.




Sampai Arab Street pun dah dekat Maghrib. Lapar lah sebab memang dah time makan. Tapi sebab nak kejar asar kita pegi Masjid Sultan dulu. Lepas maghrib kita buat pecutan dalam iman lintas jalan datang sini. Restoran ni betul-betul belakang Masjid Sultan.

Aku dari dalam bas dah teringin pulak nak makan bihun goreng. Jadi aku order bihun gorenglah. Kawan aku dari jauh dia nampak air kathira maka air kathira di dalam genggaman. Cuma bab nak pilih makan agak confuse di situ. Akhirnya beliau memilih martabak.

ZamZam ni memang famous dengan martabak dia. Diorang claim "the best martabak in Singapore".





Sini i nak bagi komen kasih sayang in case korang wonder camna rasa dia.

Martabak tu memang consistent rasa dia dari dulu lagi. Dryness level pun konsisten. Memang dia style kering. Kalau korang mengidamkan martabak lembap, moist dan lembut, bukan di sini tempatnya mbak. Kuah kari dia sedap. Pekat. Bukan dalca. Bukan kari ikan mahupun daging. Apa ntah. Cuma dia memang a nice combination dengan si martabak itu tadi. Kalau makan martabak sahaja, tak sedap. Kalau curah kari atas martabak terus jadi sedap.

Bihun goreng tu pulak biasa je rasa dia. Aku pernah makan yang lebih sedap. Tapi portion pemurah ye. Banyak. Tak habis aku makan. Kalau korang dah tour jalan keliling, dah lapar tahap rusa, bolehlah terus datang sini makan.

Ohh berbalik pada kisah rusa, ZamZam memang ada jual biryani rusa. Martabak rusa pun ada! Satu pek rusa tu aku baca situ dia tulis $12. Mahal sikitlah. Tapi rusa kot. Bukan senang dapat.

Seterusnya kita beralih kepada air of the table iaitu katira. Sedap. Tak manis tak tawar. Just nice. Minum sejuk dengan ais, amboi. Macam nak lagi air tu sekarang ni.

Semua yang ada atas meja tu cuma $11.50.

Katira $2.00
Bihun $4.50
Martabak $5.00

Keluar dari kedai perut terlebih penuh. Kena berjalan balik pergi mrt station rasa punyalah jauh. Tak sampai-sampai. Padahal tak adalah jauh mana pun.






No comments:

Post a Comment