Friday, 20 September 2019

Berbaloi ke pergi Gardens By The Bay?



Dalam banyak-banyak tempat aku pergi inilah kali pertama aku compile gambar buat collage. Banyak sangat bunga sampai tak tau nak choose yang mana jadi compile je lah banyak-banyak. Lagipun bunga kan kecik-kecik, kasi nampak lah selagi muat.

All right. Perasan hotel bentuk sampan dekat tingkat paling atas yang ada infinity pool overlooking Singapore city? Hah Gardens By The Bay ni ada dekat belakang dia.

Area ni jauh dari hiruk-pikuk Orchard Road. Kena inform benda ni awal-awal. Area ni takde kena-mengena dengan Orchard Road.

Kawasan ni dekat dengan Merlion, singa berdiri yang keluar air dari mulut. Dekat juga dengan Esplanade, bangunan bentuk durian.

https://www.google.com/maps/@1.2846042,103.8584892,17.75z

Dekat tidak membawa maksud jalan keluar bangunan belah kiri sampai Merlion. Jalan sikit dua minit sampai Esplanade.

Nehi. Nehi.

Dalam satu daerah. Boleh nampak satu sama lain. Tapi nak jalan boleh tahan lah jauhnya. Nak naik Grab macam kelakar pulak sebab tak sempat driver tu tarik nafas kali ke lima dah sampai.

Ok balik pada cerita berbaloi ke pergi Gardens By The Bay?

Berbaloi!

Pada aku berbaloi sebab area tu (vicinity of MBS. Merlion and Promenade) kau boleh spend masa sehari. Berbaloi pada aku lebih pada aktivity menyeluruh kawasan tu.

Harga pula agak tercekik juga wallet. Untuk dua entrance : Flower Dome dan Cloud Forest aku bayar lebih kurang $50 mengikut harga pelancong. Menarik bukan? Rate semasa kena kali tiga maka total harga lebih kurang RM 150.

Walaubagaimanapun presentation di dalam adalah sangat WOW! At least seumur hidup kalau dah pergi Singapore banyak kali, masuklah sekali. Menurut makcik aku yang hobinya adalah masuk Gardens By The Bay secara berskala, bunga-bunga dan decoration ditukar mengikut musim.

Ada musim tulip. Ha tu dia punya favourite. Masa aku masuk sebab musim national day maka ada decoration bertemakan national day. Kalau dah national day Singapore wajiblah ada segment bunga orkid sebab tu bunga kebangsaan.

Banyak  jenis bunga orkid. Geram sebab pokok tu semua diorang jaga kemain bagus jadi berkembang cantik dan color vibrant.

Aku masuk Cloud Forest juga. Ini unik dan menarik sebab ada banyak jenis hutan kat dalam ni. Ikut ketinggian lah kononnya. Impressive juga. Siap ada air terjun yang instagrammer suka ambik gambar.

Kalau compare antara dua, aku lebih suka Flower Dome. Colorful tengok bunga.

Bila masa yang sesuai nak datang Gardens By The Bay?

Aku masuk pukul 1 tengahari dah keluar pukul 6:30 petang. Hahahahah lama betulkan. Apakah kegilaan ini. Maka aku mampu berikan jawapan.

a) Kalau kau datang sebelum awal seawal Garden By The Bay buka pukul 9am sebelum pukul 2 petang tak ramai orang. Aku datang pukul 1 tengahari lapang, tak sesak. Bila beli tiket kita dapat tiket, gelang yang lilit kat tangan dan dia cop jugak kat tangan. Unlimited access in a day. Samada kau tunjuk tiket nak scan atau tunjuk cop kat tangan, setel.

Aku siap keluar solat dan lunch. Then masuk balik. Kalau nak tau bilik solat kat mana, baca sini. Aku keluar dalam pukul 3:30pm dan masuk balik pukul 4:30pm. Bila masuk balik oh oh rupanya the crowds dah mula penuh.  Keluar tadi lengang. Masuk balik serabut. Penuh.

Kalau nak have own sweet time, nak ambil gambar senang tak payah tunggu turn, datanglah awal sebelum 2 petang.

b) Pendapat aku yang kedua. Kalau nak tengok two in one, datanglah lewat dalam pukul 5 petang. Kau boleh tengok dalam dome tu masa ada cahaya matahari dan malamnya dengan cahaya lampu. Tapi itulah, ramai. Malas aku jalan kiri kanan penuh orang. 

Lagi yang bestnya, depan The Shoppes at Marina Bay Sands ada Light & Water Show pukul 8 malam dan 9:30 malam. 

Jadi kalau datang pukul 5petang tu korang boleh lah menikmati persembahan lampu di malam hari dia bawah cahaya matahari.

Apapun pendapat saya keputusan di tangan anda! Merdeka!


Monday, 16 September 2019

Former Ford Factory

Aku ni bersungguh-sungguhlah nak pergi muzium Former Ford Factory. Pagi-pagi dah tunggu bas. Sanggup tukar dua bas sebab takde direct bas dari rumah.  Then duduk dalam bas sangat alert sebab taknak terlepas bus stop.

Kali ni aku pergi dengan Ili, cousin aku. Dia memang Singaporean.

Turun bas. Aku ambil gambar bus stop dan signboard bagai.

Ni nak tunjuk boleh naik bas no berapa kalau nak datang sini.




Lepas snap gambar signboard ni kami pun jalan pergi pintu masuk.

"Ili, banyak ke kereta dalam museum ni?" 
"What car?"
"The displayed car lah. Vintage ke? Kereta lama. Dia tunjuk mesin buat kereta ke apa" 
"Eh i think this is not car museum lah."
"Bukan museum kereta Ford?"
"No! This is history pasal sejarah. Takde kereta." 
"WHAT!!!!!!!!!!" 
Mati-mati aku ingat ada kereta Ford lama-lama dalam museum ni. Kereta sport takde bumbung ke zaman dulu-dulu. Sebab tulis Ford Factory. Rupanya museum sejarah.

Sejarah apa benda ni.


Seperti biasa kawasan yang sangat bersih. Muzium ni terletak sebelah apartment. Kawasan perumahan. Takde apa sangat kawasan sekeliling yang korang nak buat combo lawatan. Datang semata-mata pergi muzium lepas tu gerak gi daerah lain. Nak lepak minum pun takde.

Pintu lama yang dijaga rapi. Certain items dalam muzium ni replika. Ada yang asal dan dibaik pulih kembali. 

Aku rasa tak boleh ambil gambar kat dalam. Tapi aku curi-curi ambil juga. Yelah kalau aku tak kasi sneak peak kat korang mana korang nak tau ada apa dalam ni. Kalau korang tak tau ada apa dalam ni macam mana korang boleh teruja teruk sampai nak datang visit. Kalau korang tak datang visit, tak meriahlah muzim ni. Aku harap muzium ni pahamlah niat baik aku. Cewah.


Masa tour dalam muzium sambil baca information ataupun dengar penerangan audio, masa tu otak pun cakap oooo, kat sini dalam bilik sini dulu diorang jumpa... oooo diorang guna meja ni dulu...


Meja atas tu ada cerita dia juga. Aku rasa that is the actual meja. Or the chair? Ish dah lama aku pergi baru nak tulis camnilah. Lupa. Memang ada individu yang hadiahkan certain furniture pada muzium. 





Dalam bilik atas tu, 15 February 1942, British surrender pada si Yamashita. Officially British kalah pada Jepun.


Ohhh padanlah bangunan ni jadi muzium sebab this is the location where history took place. Korang baca info kat atas tu. Penat aku snap. Memang informative. 



Inilah gambar sejarah masa penyerahan kuasa. 


....and last gambar toilet.
Sempat lagi. Memang bersih and i am in love dengan design toilet dalam muzium Former Ford Factory ni. Lebih penting toilet dia ada paip air. Ini info penting yang aku akan bagi pada viewer aku.

Itu je gambar yang aku ada, yang patutnya aku tak ada. 😅

Ok jom cerita apa ada dalam muzium ni.

Muzium Former Ford Factory ni memang pasal sejarah British kalah dengan Jepun. Pasal penjajahan dan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Masa tu Malaysia dan Singapura masih di bawah nama Tanah Melayu. 

Muziam ni menceritakan tentang sejarah dengan cara yang moden dan menarik. Bila kita sebut pasal muzium kita akan ingat pasal muzium kita pergi zaman rombongan sekolah. Tapi muzium ni ceri interactive. Ada video. Ada dia buat macam interview dengan mangsa kekejaman Jepun.

Ehhh aku sebenarnya dalam muzuim ni rasa geram je. Hangin je dengan perangai Jepun zaman dulu tu. Memang ish. Yamashita tu aku macam kalau jumpa cucu dia aku nak je sekel-sekel kepala dia nak cakap "Sakit tak? sakit tak? haaa camnilah dulu atuk kau ketuk-ketuk kepala orang. Penyangak betul."

Punyalah berjaya muzium ni membawa aku kembali ke zaman 40-an dan merasai penderitaan masyarakat zaman tu.

Bayaran masuk free untuk Singaporean. Untuk pelancong seperti saya bayarannya adalah $3. Bayaran cash tidak diterima ye kawan-kawan. Kena bayar guna debit atau credit card sahaja. Bayar pakai NETS pun boleh. Lagi best boleh bayar pakai EZ Link card. Ni yang aku dok sibuk suruh korang beli Ez Link kalau nak masuk Singapore. Klik sini pasal EZ Link.

Patut tak korang datang Former Ford Factory? Yes!  Kalau nak masukkan dalam itinerary visit to Former Ford Factory will consume about 1.5 hours. 

See you in Singapore

Friday, 13 September 2019

Shahlin dah berubah!

Semua kawan rapat tak pernah tak dapat soalan ini.

"Kau tido berapa jam sehari?"
"Kau tido pukul berapa selalu?"
"Kau bangun pukul berapa?"
Itu memang staple question aku lah tu.

Sebab sleeping is my biggest concern in life (apart from eating). Hahaha sounds crazy but true enough. Tidur kena cukup lapan jam. Kurang tak boleh. Kena qada balik. Kalau lebih, takpe. 😆

Makan pulak kena cukup meal. Bangun tidur kena sarapan. Lunch kena makan. Empat jam or lima jam sekali kena makan lagi. Takut gastrik. 😛😜

Ape ke hal lah kan. Jadi daily plan revolves around sleeping and eating time.

Tapi itu dulu.

Sekarang tidak lagi! ✊✊ Bercakap macam bagi manifesto pilihanraya.

Thanks to social media. Senang nak expose dengan lebih banyak information. Dari rigid i-must-get-meal-every-five-hour zaman dulu kala sampailah macam-macam jenis diet and eating pattern sekarang ni. Aku pernah try atkins, keto dan intermittent fasting. Trying means takdelah religiously follow sampai bertahun-tahun dan follow strict rules each diet tu. I try to tengok how it did good to my tummy.

What happened to me after trying different kinds of diet? Oh fyi intermittent fasting is more to eating pattern rather than diet, ok.

It twists how my brain works with my tummy and my body. Sekarang ni however i eat, whatever i eat, regardless how many (or few) times i get access to meal i can still function well.

Rupanya it is all in your brain and not solely bout the food. Well eating good food is still vital. 

So sekarang ni hidup aku lebih senang.

Kalau aku cuma ada ayam, aku consider atkins.

Kalau telur, susu, butter aku consider keto.

Kalau aku takde peluang untuk makan, aku consider intermittent fasting. 😄 Sounds soooo pelik to my old friends. Dengar ni macam tak caya kan! hahaha

Kalau aku ada roti je. Aku sapu butter or marjerin kalau aku teringin yang sedap masin2 sikit, bakar. Makan. It's carb day. I'm not gonna die eating carb. Haha

Kalau kadang-kadang keluar makan dekat kedai lunch. Nampak lauk yang memang suka tapi takkan masak dekat rumah. Ceduk nasi ambil lauk favourite. Makan dengan gembira. Feeling happy. Done! Tu consider lucky day sebab kat rumah takkan masak lauk full pakej.

Sekarang hidup lebih flexible. Lebih flexible hidup lebih senang dan kurang stress.

Setel bab makan. Sekarang bab tidur. Ini lebih menarik.

I used to suka tidur dan tidur malam wajib cukup lapan jam. I make a point to kira how many hours i get my sleep yesterday night and i will compensate kalau tak cukup lapan jam. Kalau tak cukup lapan jam boleh depress. lol

Sekarang macam ni. Kebelakangan ni aku rasa aku dah tak berapa boleh dapat lapan jam tidur. Means macam kurang sikit je tido. Tapi puas tido dan mata macam ok pulak sebab sekarang nak lelap payah sikit but once aku dah tido, that's it. Nyenyak.

Then aku plan nak pegi travel Indonesia akhir tahun ni, insyaAllah. Jadi aku banyak baca blog dan google pasal few destinations dan activity yang aku nak buat nanti. Among others, ada  activity yang aku memang kena start malam seawal satu atau dua pagi. *gosok mata*

Ok. Fine. Ada lebih kurang tiga bulan je lagi nak akhir tahun. Jom start practice sekarang!

*TINGGG*

Aku rasa lepas aku perasan yang aku kena lebih flexible dengan sleeping pattern aku so that my travelling experience jadi lebih best, aku berjaya tukar mind set aku.

Bila aku tukar how my brain works, aku jadi flexible pulak dengan sleeping pattern.

Ehh dia camtulah. Pusing situ. Macam mana dulu? Chicken ke egg?

Berapa jam tidur tu satu hal. Pukul berapa tidur pun satu hal juga. Tu pun aku flexible. Kalau tidur awal, sedar awal pun takpe. Kalau tidur lambat sedar lambat pun takpe. Kalau tak cukup tidur, bila dapat peluang tidur siang, tidur. Senang.

Setel bab tido.

Ni travel punya pasal. Very determined nak travel fit macam-macam aku berjaya ubah habit.
*blow fingenails*

Since aku dah start mengajar swimming semula, aku make it a point to ambil masa swimming few laps before, tengah or after teaching. Wajib. Nak travel kena fit baru boleh enjoy sebab stamina will helps you pergi lebih jauh lagi. Macam iklan petrol bunyi dia. Tapi itulah hakikatnya.

Jadi ini sebenarnya first entry untuk hashtag baru iaitu #JalanKakiIndonesia.

See you in Indonesia!











Tuesday, 10 September 2019

Surau di Gardens By The Bay

Aku tak berapa rajin nak compile gambar aku pergi Gardens By The Bay maka aku specific je tulis pasal Surau.

Surau ni penemuan terbaru aku. Aku pun baru first time sampai sini. Haha. Jadi konsep dia lebih pada aku datang then tanya surau ada tak? Jawapan dia ada. Bukannya aku pergi dah banyak kali, tapi surau baru siap.

Lah rupa-rupanya surau ni pun aku tak ambil gambar. Aku buat video je. 😆 So tengoklah video ni.




Surau ni ada dekat public area. Kalau korang tengah jalan-jalan dalam Cloud Forest atau Flower Dome, korang kena keluar. But fret not. Boleh masuk balik sambung tour dengan syarat tiket simpan dan cop kat tangan ada lagi.

Area surau ni agak jauh dari main location, dome entrance yang ramai crowd tu. Dia opposite open park yang ada Supertree. Supertree tu pokok giant korang selalu tengok gambar tu. Hah tu lah dia.

Paling mudah cari fast food Texas Chicken. Texas Chicken ni ada dalam Food Hall. Tepi Food Hall tu ada satu pintu. Takde pun tulis prayer room ke apa.

Pintu tu tulis AUTHORISED PERSONNEL ONLY.

Itulah surau dekat Gardens By The Bay. Surau ni share laki dan perempuan. Jadi amatlah berbesar hati kalau tak payah bersiap lama-lama lepas solat. Pakai tudung lilit-lilit, make up cantik-cantik semua buat dekat toilet.

Ini agak kritikal dan penting untuk ingatkan. Staff kalau nak prayer break memang kena laju-laju. Masa sangat limited. Jadi jangan bolot surau tu dengan geng. Siapa yang nak solat, masuk dalam. Siapa yang belum nak solat tunggu luar. Duduk dekat food court sebelah tu pun boleh. Ada aircond.

Oh satu lagi, ada selipar dekat surau tu untuk pakai ambil wuduk. Wuduk dekat toilet. Jauh sikitlah nak jalan tu.

Ok. Bye. See you in Singapore.

Friday, 6 September 2019

Mistri Road yang penuh misteri

Time nak jalan pergi Masjid Palmer aku acah-acah main jalan shortcut. Acah-acahlah sebab bukan aku confirm pun jalan shortcut aku tu.

Main asal boleh jer.

Aku berhenti dekat Anson Road depan M Hotel Singapore terus lintas jalan nak pergi area Shenton. Aku nampak dari jauh ada terminal bas. Maka aku nak tuju sana sebab aku tau Masjid Palmer ni ada dekat belakang terminal bas tu. Oh ok Masjid Palmer ni nama penuh dia Masjid Haji Muhammad Salleh.

Bila jalan aku nampak road sign ni.


Menarik. 😎😄

Ehh kenapa susah sangat nak masuk jalan ni? Sebab jalan ni misteri.

Hahaha kelakar agaknya aku buat joke macam ni bagi dekat diri sendiri time panas terik berjalan tak bawak botol air ni.

Balik rumah aku buka buku What's in the name? nak check ada tak  nama Mistri Road ni. Aku teka nama jalan ni mesti asal dari word misteri lah. Apa lagi. Korang mesti teka benda sama.

Salah!!!!!!

Mistri ni nama orang lah.

Mistri Road : Navriji R Mistri (1885 - 1953) was the Parsi (see Parsi Road) entrepreneur who started the Phoenix Aerated Water Company in 1925. He donated a large part of his wealth towards medical services in Singapore.
Dah dia suruh refer Parsi Road, aku pun carilah.

Parsi Road : This road was named after the Parsi (or Parsee) Cemetery in this location up to 1969, after which it was relocated when the land was acquired by the government. Parsis are followers of the Iranian prophet Zoroaster in India. The first Parsi arrived in Singapore before 1830.
Ohhhhhh yang ni barulah misteri. Kubur ye area ni.

Jap tengok peta mana area ni.



Parsi dan Mistri Road tu memang satu kawasan. Sebelah- menyebelah  jalan dia.

Area ni kalau kita tengok lagi besar dia permulaan jalan business district. Memang office area.


Kalau tengok map atas cuba cari Tanjong Pagar EW15. Itu mrt station. Kalau nak jalan kaki tengok bangunan lama atau saja nak jalan-jalan, aku cadangkan pergi area lepas mrt station tu. Area sana dah start menarik dah. Even dalam mrt station pun dah meriah. Nak makan halal pun ada. Area Mistri Road ni takde apa lah.

Ok. That's all. See you in Singapore.

Thursday, 5 September 2019

Filem Sangkar


Best ke?

First sekali aku memang selective bab beli tiket wayang cerita melayu ni. Tengok dulu pengarah dia. Oh yang ni Kabir Bhatia, so setujulah nak tengok.

Remy berlakon memang suka.
Zul Ariffin pun favourite.
Pakej lengkap.

Cuma Zul Ariffin berlakon dengan Remy? Hmmm... itu tak sure sebab tak pernah tengok gandingan diorang ni. Dua-dua ni hero so sapa nak jadi hero dalam citer ni?

Dalam cerita ni Johan (Remy) dan Adam (Zul) peninju. Diorang kan wrestler dalam cage sebab tu filem ni tajuk dia sangkar. Dari rival dalam sangkar tu si Adam tak puas hati sampai nak bertinju kat luar pulak. Bila si Johan ni dah cedera dia kerjakan, dia rasa bersalah at the same time nak insaflah. Maka dia pun offer nak jaga Johan.

Cerita ni kelakar. Zul Ariffin memang bab kasi dialog yang selamba badak je memang dari dulu dia expert.

Cerita ni menginsafkan. Remy Ishak kalau cakap dengan emosi memang dia hebatkan. Time type ni pun boleh terbayang muka emosi dia even without dialog.

Cerita ni walaupun dia memang main emosi tapi element emosi tak sekuat cerita Pulang. Well, why should Kabir buat cerita yang sama kan. Betul juga.

Cerita Sankar lebih santai, lebih suspense, lebih funny yet emotional. You learn about family values. How two different upbringing shapes two different adult character.

Should you go watch Sangkar? Yesssssss you should. Cerita Kabir Bhatia kot. Giler tak tengok!





Sunday, 1 September 2019

Masjid paling dekat dengan Universal Studio Singapore USS.


Aku ni suka jalan merata Singapura naik bas sebab boleh nampak lebih banyak bangunan & landmark. Kalau naik train jalan dia  sama je.

Tiap kali naik bas no 100 dari depan rumah nak pergi Arab Street aku akan melepasi pintu masuk ke Sentosa Island belah kanan aku.

Apa yang lebih menarik sebelah kiri pula ada satu masjid. Tepi dia ada tanah perkuburan lama. Itu tak menariklah untuk aku. lol.  Tapi kalau tengok masjid tu dari atas bas akan terpandang jugalah batu nesan banyak-banyak tu.😨 Bas kan tinggi, lagilah jauh & luas aku nampak.

Kali ni aku make a point naik bas no 100 nak melawat masjid tu. Aku turun satu bus stop lebih awal. Patutlah macam jauh je jalan. Aku lalu pintu masuk trekking Mount Faber, lalu mall lama entah apa nama dia, lalu Travelodge Harbourfront barulah sampai masjid ni.

Apa yang istimewa sangat masjid ni? Dekat Singapore ni semua masjid ditadbir selia oleh MUIS. Majlis Ugama Islam Singapura. Hanya ada dua masjid yang terkecuali, satu daripadanya masjid inilah.

Dah tu masjid ni siapa yang tadbir?



Surprise!!
Surprise!!

Masjid Temenggong Daeng Ibrahim ditadbir oleh Jabatan Agama Islam Johor

Tengok alamat dia kat bawah ni.



MASJID TEMENGGONG DAENG IBRAHIM 
JOHOR DARUL TAKZIM

Location dalam Singapore. Tapi alamat Johor Darul Takzim pulak. Sebab ikut sejarah zaman dulu ini kawasan jajahan keturunan raja Johor. Tahun 1820-an kawasan ini adalah Istana Lama iaitu kediaman Temenggong Abdul Rahman. 

Bila dia meninggal dia disemadikan di kawasan itu juga. Tanah itu terus jadi tanah perkuburan. 



MAKAM DiRAJA JOHOR TELOK BLANGAH.



Tak boleh ambil gambar jadi aku masuk je lah tengok sikit-sikit. Aku sorang-sorang kot. Memang taklah nak pegi jauh-jauh. Cuma sebab cuaca sangat panas dan terang benderang takdelah element cerita seram. Makam diRaja ada dalam bangunan sebelah kanan tangga tu. Memang luas kawasan dia. Dari dalam bas rasa dah nampak banyak. Bila sampai tangga paling atas tu baru nampak scattered sampai atas bukit sana lagi.

Kita tengok gambar masjid je lah. Makam ni sebelah masjid je. Dalam satu kawasan.

Bendera Singapura dan Johor depan masjid.

Pintu depan masjid.

Ruang laluan belakang ke area wuduk dan tandas.
Memang bersih sangat masjid ni. Berangin. Selesa.

Ruang solat utama.

Karpet pun design pokok lada hitam sama macam masjid dalam negeri Johor.


Ruang solat wanita. Telekung disediakan.

 
Ini kuarters kakitangan Jabatan Agama Islam Johor.
Aku berbual dengan pakcik maintenance yang tengah betulkan kipas masa aku datang tu. Dia kerja bawah Kerajaan Johor dia kata. Duduk rumah dekat belakang tu. Lepas tu aku tanya juga. Anak-anak pekerja sini sekolah sini ke pergi Johor tiap hari? Dia jawab budak-budak tu semua sekolah sini (Singapore) je. Dia orang apply pass. Oooooo untunglah jugak sebenarnya.


Ini area belakang masjid menghadap kuarters. Tempat minum-minum. Ada warung mini. Aku nampak ada air, keropok semua. Time aku datang ni adalah orang lelaki duduk rehat berbual-bual. Banyak kereta plat Johor parking sini. Sebahagiannya drive van bawak pelancong pergi Universal Studio Singapore. So sementara menunggu tu diorang datang tunggu sini.

Masjid ni memang dekat dengan pintu masuk Sentosa Island tu. Kalau korang pergi USS nak singgah solat sini memang boleh sangat. 

Aku jalan kaki keluar pagar menghala Vivocity. Aku nak berdiri tengah-tengah jalan tepi traffic light ambil gambar so korang boleh nampak senang lokasi kawsan ni.

Itu Travelodge Harbourfront. Sebelah dia masjid.


Sebelah sini pula Vivocity. Tempat train nak masuk Sentosa Island. Tu nampak tu train dia tu.

Kalau sebelum ni korang tak tau nak solat mana kalau nak pergi USS jadi sekarang ni dah ada optionlah. Kalau nak toilet break atau nak rehat sekejap sebelum atau selepas pergi USS boleh datang Masjid Temenggong Daeng Ibrahim ni.